Model Aprilia RSV4 X memperagakan kemahiran pengeluar berkenaan dalam menghasilkan motosikal lumba dan juga jentera perlumbaan. Antara tarikannya adalah kotak gear “Aprilia No Neutral”. Enjin motosikal ini mampu menghasilkan kuasa sehingga 225hp, dan ianya hanya seberat 165 kilogram.
Category: Moto
Berita dan ulasan pandu uji Motosikal dari Malaysia, berita tempatan dan antarabangsa
Royal Enfield akan membuka kilang pemasangan di Thailand pada bulan Jun 2019. Kilang ini bagi memenuhi permintaan pasaran motosikal di Thailand. Untuk Thailand sahaja, RE telah menerima lebih daripada 700 buah tempahan bagi model Intercepter 650 dan Continental 650 GT yang baharu.
Seorang remaja 15 tahun bersama isterinya yang sedang sarat mengandung antara ratusan yang ditahan pihak polis susulan didakwa terlibat dalam aktiviti lumba haram, Jumaat lalu. Memetik laporan Sinchew, sekatan jalan raya telah dilakukan di antara jam 4.30 petang dan 8.30 malam di Kemaman, Terengganu, bagi membanteras gejala lumba haram di kawasan terbabit. Difahamkan, seramai 105…
Baru-baru ini seorang pengguna jalan raya mengalami kecederaan parah apabila terjatuh daripada motosikal ketika melalui jalan raya di Kota Puteri, Selangor gara-gara terdapat tumpahan minyak di atas jalan. Lelaki tersebut sedang berlumuran dengan darah apabila ditemui orang ramai di bahu jalan. Menurut laporan Sinchew, insiden tersebut berlaku Sabtu lalu sekitar jam 3 petang. Mangsa berkata…
Detik ‘countdown’ bagi festival Phuket Bike Week kali ke-25 telah bermula. Acara tahun ini akan berlangsung dari 12 hingga 14 April di Pantai Patong, dan 19 hingga 20 April di Phuket Boat Lagoon Sekitar 50,000 orang pengunjung dijangka akan menghadiri pesta tahun ini.
Peminat kapcai di Malaysia seakan mendapat hadiah hari jadi awal apabila Hong Leong Yamaha Motor memperkenalkan Yamah Y15ZR v2 di Kejohanan Cub Prix AAM PETRONAS Malaysia, Pusingan 1 di Jasin, Melaka, hari ini. Model ‘facelift’ tersebut dipertontonkan sambil ditemani pelumba Yamaha Cub Prix, Ahmad Afif Amran, Kasma Daniel Kasmayudin, Md Akid Aziz dan Tengku Amirul…
Motosikal AJP PR7 adalah model dirtbike sedia rali terkini keluaran pakar dari Portugal berkenaan. Ia tampak ringkas namun sebenarnya berspesifikasi tinggi. Motosikal PR7 ini adalah sebuah jentera satu silinder 600cc.