Sebuah kenderaan jenis pikap telah menyebabkan seorang penunggang motosikal mengalami kecederaan ekoran memasuki lorong kecemasan sebelum memecut laju meninggalkan tapak kejadian. Dalam rakaman ‘dashcam’ yang dikongsi Mohd Azrin Abdullah di Facebook, memaparkan sebuah kenderaan jenis pikap Toyota Hilux memandu dengan bahaya sebelum memasuki lorong kecemasan. Tindakan pemandu itu menyebabkan seorang penunggang motosikal yang menggunakan jalan…
Category: Moto
Berita dan ulasan pandu uji Motosikal dari Malaysia, berita tempatan dan antarabangsa
HOG PJ (Harley Owners Group Petaling Jaya) telah menganjurkan “Safe Rider Skills Program” pertama mereka untuk tahun ini. Sekitar 20 orang ahli kelab HOG PJ dan marsyal telah menyertai program ini bagi meningkatkan lagi kemahiran menunggang mereka. Program latihan ini telah diketuai oleh ketua pelatih penunggangan teknikal PDRM Muar, ASP Mohd Hairuddin bin Mohd Raya.
Sesi FP2 bagi pusingan MotoGP Argentina 2019 telah menyaksikan 21 orang penunggang hanya dipisahkan dengan jarak masa satu saat. Andrea Dovizioso muncul terpantas dalam sesi ini. Jorge Lorenzo pula di tempat ke-21 dengan jarak masa 0.978 saat di belakang.
Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS) memutuskan untuk mewujudkan Protem Motorsport Committee yang akan bertanggungjawab dalam menyelia dan mengurus hal ehwal sukan permotoran negara. Pada 30 November tahun lalu, KBS telah membuat keputusan untuk membatalkan pendaftaran Persatuan Automobol Malaysia (AAM) sebagai badan induk sukan permotoran negara ekoran gagal mematuhi Akta Pembangunan Sukan 1997. Difahamkan AAM gagal mengemukakan…
GIVI Asia memperkenalkan barisan produk baharu sempena majlis sambutan Ulangtahun ke-25 GIVI yang berlangsung di Hotel Ion Delemen, Genting Highlands, semalam. Sebelum itu, GIVI turut menganjurkan konvoi bersama media yang bermula daripada ibu pejabat GIVI di Bukit Beruntung dengan majlis pelancaran di Genting Highlands menjadi destinasi. Seperti sedia maklum, GIVI cukup sinonim dengan peminat…
Meskipun terdapat pelbagai jenama topi keledar yang datang dalam pelbagai rupa dan bentuk namun kesemuanya berkongsi satu persamaan, memastikan perlindungan optimum untuk kepala setiap penunggang motosikal. Bagaimanapun, dalam tempoh beberapa tahun ini, permintaan helmet tiruan semakin tinggi dengan pembeli mahu mendapatkan helmet berjenama dengan harga jauh lebih rendah. Helmet tiruan boleh didapati dengan mudah terutamanya…
Gigi Dall”Igna dan Ducati telah mengadakan satu sidang akhbar bagi memberikan penjelasan mengenai winglet lengan ayun sebelum bermulanya hujung minggu MotoGP Argentina. Data mendedahkan yang alat tersebut menyejukkan tayar belakang dengan purata 7º dan memberikan daya ‘downforce’ yang boleh diabaikan serendah 300 gram. Dall’Igna turut menyatakan yang Ducati mendapat ilham dari penempias air buatan Yamaha.
Sifat prihatin yang dipamerkan netizen di laman sosial berjaya menyelamatkan pengguna jalan raya di Lebuhraya Persekutuan, Rabu lalu. Orang ramai telah berkongsi beberapa gambar yang memaparkan sebuah papan tanda yang kelihatan condong di Lebuhraya Persekutuan Kuala Lumpur berdekatan Hotel Armada. Gambar tersebut yang kemudiannya menjadi viral telah sampai ke pengetahuan pihak Jabatan Kerja Raya…
Motosikal MV Agusta Dragster 800 RR America 2019 telah diperkenalkan bagi meraikan ulang tahun ke-25 model Brutale America. Sesuai dengan namanya itu, ia akan ditampilkan dalam skema warna merah, putih, dan biru. Hanya 200 buah unit akan dibina.