Baru-baru ini seorang pengguna jalan raya mengalami kecederaan parah apabila terjatuh daripada motosikal ketika melalui jalan raya di Kota Puteri, Selangor gara-gara terdapat tumpahan minyak di atas jalan.
Lelaki tersebut sedang berlumuran dengan darah apabila ditemui orang ramai di bahu jalan.
Menurut laporan Sinchew, insiden tersebut berlaku Sabtu lalu sekitar jam 3 petang.
Mangsa berkata dia berasakan motosikal seakan hilang kawalan dan cuba memperlahankan kenderaan sebelum terhumban. Penduduk lain yang menggunakan jalan tersebut turut mengadu kereta dinaiki mereka hampir tergelincir.
Penduduk setempat berpendapat tumpahan minyak itu disengajakan ekoran tiada kesan minyak di sepanjang jalan tersebut melainkan di kawasan insiden berlaku.
Difahamkan, ini bukan kali pertama penduduk insiden seperti ini berlaku apabila mereka mendakwa pernah ternampak kesan tumpahan minyak di atas jalan sebelum ini.
Majlis Perbandaran Selayang meminta orang ramai untuk segera menghubungi 011-2854 9918 seandainya terlihat sebarang perkara yang mencurigakan.
(Sumber: Sinchew)