Konvoi Modenas Dominar 400 ‘Explore The Unexplored’ meneruskan pengembaraan ke Kuantan dengan keindahan pantai Cherating menjadi destinasi ditunggu-tunggu pemilik Dominar 400. Edisi kelima – yang berlangsung awal bulan ini – menyaksikan penyertaan paling ramai dengan 27 penunggang memeriahkan pengembaraan daripada bandar Kuantan ke Cherating, sekaligus menoktahkan kejayaan konvoi Modenas Dominar ‘Explore the Unexplored’. Pengembaraan beramai-ramai…
Category: Dominar 400
Konvoi Modenas Dominar “Explore the Unexplored” telah kembali bagi tahun 2019 dengan pengembaraan yang lebih mengagumkan. Tunggangan kali ini meliputi negeri Johor dari, Johor Bahru menuju ke Mersing dan Kluang. 16 orang pemilik Modenas Dominar D400 telah menyertai penunggangan yang mengujakan ini untuk inisiatif #MotographyMalaysia.
Anda sering menunggang bersendirian atau hanya untuk berulang alik dari rumah ke tempat kerja? Adakah anda seorang pemilik motosikal Modenas Dominar? Pernahkah anda teringin untuk menyertai konvoi epik yang tidak mudah untuk dilupakan, dengan pelbagai aktiviti dan permainan yang menyeronokan serta hadiah yang yang boleh dimenangi? Jika jawapan anda adalah ya bagi mana-mana soalan di…
Tunggangan Modenas Dominar D400 “Explore the Unexplored” kali kedua telah berlangsung sewaktu hujung minggu Hari Malaysia yang lalu. Perjalanan kali ini adalah dari Juru Autocity menuju ke Taiping dan berakhir di Belum Rainforest Resort. Konvoi ini juga adalah sebahagian daripada projek #motography global dan projek #motographymalaysia tempatan.
Modenas telah melancarkan model Dominar D400 2018. Dikelaskan sebagai motosikal sport-tourer, ianya mudah dan selesa untuk ditunggang. Ditetapkan pada harga RM13,788 (harga pengenalan asas tidak termasuk GST), Ia bakal mendominasi segmen pasarannya.
Setelah menanti untuk sekian lama, Modenas telah melancarkan model Dominar D400 2018 pada malam ini. Ditetapkan pada harga RM yang amat berdaya saing, Ia bakal menggemparkan lagi pasaran motosikal di bawah 400cc.
Modenas akan melancarkan motosikal Modenas Dominar 400 pada 18 April 2018. Pelancaran ini berikutan sambutan hangat model Pulsar RS200, NS200, dan V15. Kehadiran motosikal Modenas Dominar 400 ini bakal menggegarkan lagi segmen di bawah 400cc.
Beberapa buah gambar motosikal Modenas Dominar 400 2018 telah muncul di atas talian. Sesetengah daripada motosikal ini telah pun selamat sampai di Modenas Service Centre di Shah Alam. Motosikal Modenas Dominar 400 2018 ini dikatakan akan dilancarkan dalam suku pertama tahun ini dengan harga yang dijangkakan di bawah paras RM20,000.