Tunggang Uji Modenas Dominar D400 2018

  • Modenas telah melancarkan model Dominar D400 2018.
  • Dikelaskan sebagai motosikal sport-tourer, ianya mudah dan selesa untuk ditunggang.
  • Ditetapkan pada harga RM13,788 (harga pengenalan asas tidak termasuk GST), Ia bakal mendominasi segmen pasarannya.


Dengan sambutan hangat yang telah diterima oleh motosikal Pulsar RS200, Pulsar NS200 dan juga V15, Modenas telah mengorak langkah yang seterusnya dengan memperkenalkan motosikal Dominar D400 2018 untuk pasaran tanah air kita.

Modenas Dominar D400 2018 Dilancarkan Secara Rasmi! Dari RM13,788

Sebelum itu, sebagai penyegar semula ingatan, motosikal-motosikal ini telah dibina oleh pengeluar gergasi India, Bajaj Auto Ltd., dan dijenamakan semula di bawah Modenas. Ianya bukannya sesuatu yang boleh diperlekehkan, memandangkan pengeluar tersebut juga bertanggungjawab mengilangkan rangkaian motosikal KTM yang berkapasiti lebih kecil seperti KTM 200/250//390 Duke/RC, yang juga telah menjadi kegilaan bukan sahaja di Malaysia, malah seluruh dunia.

Tanggapan Pertama: Modenas Dominar 400; Beserta Video!

Model Dominar D400 2018 ini merupakan satu langkah mereka ke dalam pasaran berkapasiti yang lebih besar. Enjin satu silinder, 373cc, sejukan cecair, empat injap, suntikan bahanapi secara elektronik ini berkongsi struktur kejuruteraan yang sama seperti KTM 390 Duke tetapi dengan beberapa perbezaan seperti tatarajah Digital Triple Spark (DTS-i) bagi menggalakkan pembakaran yang lebih lengkap di seluruh jangkauan kitaran.

Dari segi penggayaannya pula, ia mempunyai rupa paras lampu hadapan besar dan tangki bahanapi yang gemuk yang tidak lari dari rupa motosikal buatan India. Pelananya tebal dan lebar, sesuai dengan gelaran yang telah diberikan oleh Modenas/Bajaj sebagai sebuah motosikal sport-tourer. Kualiti binaan pula memadai dengan jumlah yang dibelanjakan untuk memiliki motosikal ini.

Walau bagaimana pun, lampu hadapannya adalah lampu LED sepenuhnya, dan ia termasuk Lampu Nyalaan Siang. Terdapat gugusan instrumen LCD yang menyeluruh, manakala tangki bahanapinya telah dilengkapi dengan skrin LCD yang lebih kecil. Skrin LCD utamanya terang walaupun di bawah terik matahari. Bacaan takometer dan tolok kelajuannya mudah difahami dengan sekali imbas.

Ketinggian pelananya sesuai untuk kebanyakan penunggang; saya mampu mencecah kedua-dua belah tumit ke atas tanah dengan selesa dengan ketinggian saya iaitu 167cm. Palang pemegangnya diletakkan tinggi dan didekatkan kepada penunggang bagi membolehkan posisi menunggang yang lebih menegak. Untuk tempat letak kakinya pula, ianya diletakkan pada kedudukan yang lebih rendah dan ke hadapan untuk keselesaan penunggang.

Motosikal Dominar D400 ini hidup dengan mudah dengan sentuhan satu butang, setiap masa, dengan nota bunyi enjin satu silinder yang yang biasa didengari. Tarikan tuil klac terasa ringan. Sedikit pulasan pendikit menyaksikan ‘rev’nya meningkat dengan lancar namun sedikit perlahan – mungkinkah disebabkan oleh ‘flywheel’ yang lebih berat?

Di atas jalan, motosikal ini bergerak dengan mudah sekali dan kelajuannya meningkat sedikit demi sedikit. Ia memperlahankan kelajuannya dengan lancar juga apabila anda melepaskan pendikitnya. Selain itu, gegaran enjinnya berpadaan dengan enjin satu silindernya. Jadi, ianya mengesahkan telahan kami mengenai ‘flywheel’ yang lebih berat dalam enjin ini. Motosikal ini mampu kekal dalam kelajuan bersiar dari 110 hingga 130km/j dengan selesa; penunggangnya yang perlu mengapit kemas motosikal ini pada kelajuan yang lebih daripada itu memandangkan ketiadaannya perlindungan angin.

Bagi suspensinya pula, bahagian hadapan dan belakangnya terasa lembut, sehinggalah ia terlanggar bonggol yang besar atau lubang yang dalam. Pelanggaran awalnya terasa lembut sebelum ianya lebih dirasai kemudian.

Bagaimana pun, Motosikal Dominar D400 ini mempunyai pengendalian yang cukup baik sekali, walaupun dengan suspensi yang lebih lembut dan tayar MRF yang kurang memberi tindak balas. Palang pemegang yang lebar beserta berat motosikal ini yang ringan membolehkan kami memandu arah motosikal ini dengan pantas menyelusuri trafik. Brek hadapan ByBre terasa mencengkam sewaktu menunggangnya pada kelajuan yang rendah namun memerlukan penggunaan yang lebih keras sewaktu ianya lebih laju.

Dari segi kelengkapan elektronik pula, ABS didatangkan sebagai kelengkapan standard bagi kedua-dua bahagian hadapan dan belakang, namun, ianya tidak dilengkapi dengan mod penunggangan dan kawalan cengkaman.

Secara keseluruhannya, motosikal Modenas Dominar D400 2018 ini adalah sebuah motosikal yang agak baik sekali dan menawarkan satu alternatif yang hebat bagi penunggang motosikal yang mahu berpindah ke motosikal berkapasiti yang lebih tinggi tanpa perlu membebankan poket. Dengan erti kata lain, “Berbaloi-baloi.”

SPESIFIKASI TEKNIKAL

ENGINE
Engine type Liquid-cooled, 4-stroke, DOHC, 4 valves, single-cylinder
Compression ratio N/A
Bore X Stroke N/A
Displacement 373.3 cc
Fuel system Electronic fuel injection with Digital Triple Spark ignition (DTS-i)
Maximum power 34.5 bhp (35 PS) @ 8000 RPM
Maximum torque 35 Nm @ 6500 RPM
TRANSMISSION  
Clutch Wet, multi-plate, slipper type
Gearbox 6-speed
CHASSIS
Front suspension 43mm telescopic forks
Rear suspension Monoshock with piggyback reservoir, ramp-type preload adjustment
Front brakes Single 320 mm disc, single ByBre two-piston sliding calipers
Rear brake Single 230 mm disc, single-piston ByBre sliding caliper
ABS Dual-channel ABS
Front tyre 110/70-R17
Rear tyre 150/60-R17
FRAME & DIMENSIONS
Frame Beam type perimeter
Trail N/A
Rake N/A
Wheelbase 1453 mm
Seat height N/A
Kerb weight 182 kg
Fuel capacity 13 litres

GALERI GAMBAR

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.