Model Ducati Tahun 2020 Akan Dilengkapi Teknologi RADAR

  • Pelaksanaan “Ducati 2025 Safety Road Map” bakal menyaksikan beberapa buah model tahun 2020 Ducati dilengkapi dengan teknologi radar.
  • Strategi ini bertujuan untuk menerapkan sistem dan teknologi keselamatan terkini dalam motosikal mereka.
  • Fasa satu telah pun bermula dengan pengenalan ABS Menyelekoh bagi ke semua model mereka secara berperingkat.

Sebagai sebahagian daripada usaha Ducati untuk melaksanakan tahap keselamatan dan teknologi yang tertinggi, kempen “Ducati 2025 Safety Road Map” telah pun dimulakan. Sudah ada perancangan yang sedang diusahakan, yang mana bakal menyaksikan beberapa buah model bagi tahun 2020 dilengkapi dengan teknologi radar.

Fasa satu bagi kempen “Ducati 2025 Safety Road Map” telah pun bermula, di mana mereka merancang untuk menerapkan ciri-ciri seperti ABS Menyelekoh kepada ke semua model mereka. Ianya sudah pasti satu langkah yang terpuji, yang mana mereka adalah pengeluar yang pertama seadanya yang akan menerapkan teknologi ini dalam model moden retro/warisan mereka, iaitu Ducati Scrambler 1100 2018.

Sistem radar pula, akan menjadi sebahagian daripada sistem ARAS (Advanced Rider Assistance System) Ducati, di mana ia akan membantu
mempertingkatkan lagi tahap keselamatan penunggang di atas jalan raya melalui beberapa buah pengesan dan radar. Ia akan membantu penunggang untuk menghimpunkan maklumat dari persekitaran dan membantu dalam mengelakkan diri dari sebarang kemungkinan kemalangan dengan memberi amaran kepada penunggang.

Teknologi radar ini telah dibangunkan seawal tahun 2016. Dengan bantuan Jabatan Elektronik, Maklumat, dan Kejuruteraan Bio di Politecnico di Milano University, satu sistem amaran berdasarkan radar belakang telah dibangunkan bagi membantu penunggang mengenalpasti kenderaan yang berada di kedudukan titik buta mereka. Mereka telah mempertingkatkan lagi sistem ini dengan unit radar kedua yang terletak di bahagian hadapan yang akan memberi amaran kepada penunggang tentang sebarang risiko pertembungan berhadapan yang berkaitan dengan halangan di atas laluan.

Siap sedialah untuk menunggu ketibaan tahun 2020, tuan-tuan dan puan-puan. Sistem keselamatan futuristik terbaru mereka ini akan dilengkapkan pada model-model mereka, termasuklah dengan pengantara muka pengguna yang tercanggih. Pasti hebat sekali sekiranya mereka membuatkannya seperti KITT dari siri televisyen Knight Rider, lengkap dengan lampu merah berkelip dan suara, tetapi, daripada menerapkannya pada sebuah kereta, ianya diterapkan pada Ducati Panigale V4. Sudah terngiang-ngiang di telinga kami lagu tema yang diilhamkan dari enjin Desmosedici Stradale.

“The Hoff” dengan buah hatinya, KITT

Shell Advance Ingin Menghadiahkan Ducati Monster 797 Bernilai RM56,000!

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]