Konvoi Modenas Dominar ‘Explore The Unexplored’: Teruskan Pengembaraan Epik Di Kuantan!

Konvoi Modenas Dominar 400 ‘Explore The Unexplored’ meneruskan pengembaraan ke Kuantan dengan keindahan pantai Cherating menjadi destinasi ditunggu-tunggu pemilik Dominar 400.

Edisi kelima – yang berlangsung awal bulan ini – menyaksikan penyertaan paling ramai dengan 27 penunggang memeriahkan pengembaraan daripada bandar Kuantan ke Cherating, sekaligus menoktahkan kejayaan konvoi Modenas Dominar ‘Explore the Unexplored’.

Pengembaraan beramai-ramai ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Modenas bagi memeriahkan tema #Motography dan #MotographyMalaysia dengan bertujuan untuk mengambil seberapa banyak gambar dan video di setiap destinasi tunggangan oleh pemilik Dominar 400.

 

Konvoi dilepaskan dari Restoran Aliff sebaik selesai taklimat untuk menuju ke destinasi Motography pertama – Pantai Teluk Mak Nik @ Monica Bay.

Sebaik tiba, para penunggang disajikan dengan keindahan pantai yang dihiasai pokok ru di sepanjang pesisir sekaligus menjadikan destinasi bergambar yang ideal!

Selepas selesai, konvoi bergerak ke Warung Aziz Satar bagi menyempurnakan sesi mengisi perut yang kelaparan dan tekak yang dahaga sebelum meneruskan pengembaraan ke destinasi Motography terakhir di Pantai Cherating.

Selesai sesi bergambar, pemilik Modenas Dominar 400 kemudiannya diberi peluang merebut hadiah menerusi perlawanan bola sepak pantai lima sebelah.

Meskipun konvoi disambut dengan cuaca yang panas terik namun ia langsung tidak menyekat semangat para penunggang untuk merebut hadiah wang tunai RM250 yang menanti sang juara!

Pengembaraan di Kuantan akhirnya tiba di penghujung dengan setiap penunggang menamatkan aktiviti dengan segelas air kelapa sekaligus menandakan satu lagi kejayaan bagi siri kelima Modenas Dominar ‘Explore the Unexplored’. Ikuti perkembangan terbaru mengenai siri seterusnya di MotoMalaya.Net dan untuk sebarang maklumat lanjut sila layari www.facebook/DominarMalayasia/.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.