Buat Semua Pemilik Modenas Dominar, Ada Satu Konvoi Khusus Yang Epik Untuk Anda Pada Hujung Minggu Ini!

  • Anda sering menunggang bersendirian atau hanya untuk berulang alik dari rumah ke tempat kerja?
  • Adakah anda seorang pemilik motosikal Modenas Dominar?
  • Pernahkah anda teringin untuk menyertai konvoi epik yang tidak mudah untuk dilupakan, dengan pelbagai aktiviti dan permainan yang menyeronokan serta hadiah yang yang boleh dimenangi?
  • Jika jawapan anda adalah ya bagi mana-mana soalan di atas ini, segeralah mendaftar bagi konvoi “Modenas Dominar Explore the Unexplored” yang akan diadakan pada hujung minggu ini. Konvoi ini terbuka untuk 20 orang pemilik Dominar sahaja.

Adakah anda seorang pemilik motosikal Modenas Dominar? Jika ya, kami ada satu tawaran yang sukar untuk anda lepaskan!

Modenas, bersama dengan rakan kongsi mereka, Bajaj Auto Limited India, ingin menjemput anda untuk menyertai mereka untuk satu tunggangan ke Kuantan yang akan berlangsung pada hujung minggu ini (13 dan 14 Oktober 2018).

Konvoi ini adalah khas buat para pemilik motosikal Dominar, dan ia akan bermula pada hari Sabtu, pada jam 7 pagi dari ibu pejabat Modenas di Glenmarie (EMOS), menuju ke Kuantan melalui laluan yang menyeronokkan sepanjang perjalanannya.

Anda akan bermalam di Kuantan di mana akan diadakan satu parti BBQ, muzik secara langsung, dan peluang untuk menunjukkan bakat nyanyian anda.

Dan yang terbaiknya? Ianya satu konvoi yang ditanggung penuh (hampir sepenuh, apa yang perlu anda belanjakan adalah kos petrol dan pastikan anda membawa salinan pakaian). Makanan serta penginapan ditanggung oleh Modenas dan Bajaj. Tiada peluang untuk berkonvoi yang lebih baik daripada ini untuk pemilik Modenas.

Pada keesokan harinya, (Ahad, 14 Oktober 2018), konvoi ini akan menuju pulang ke Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Pantai Timur dan anda akan tiba di Kuala Lumpur menjelang petang, jadi anda bolehlah meluangkan baki hari Ahad anda berehat, atau meluangkan masa bersama yang tersayang.

Tunggangan ini adalah sebahagian daripada siri tunggangan kembara epik “Modenas Explore the Unexplored” yang akan mengambil tempat di seluruh Semenanjung Malaysia. Konvoi ke Kuantan ini adalah kali ketiga tunggangan sebegini dihoskan oleh Modenas dan Bajaj, dan dianjurkan oleh laman saudara kami, Bikesrepublic.com, dan anda boleh saksikan video-video dari dua konvoi pertamanya di bawah ini.

Para peserta juga turut berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah dengan pertandingan fotografi “Motography”, di mana anda perlu memuat naik gambar detik Dominara terbaik anda ke akaun media sosial anda dengan tanda pagar #motographymalaysia. Anda berpeluang untuk memenangi helmet Shark atau jaket menunggang Alpinestar.

Jika anda berminat untuk mengambil bahagian dalam konvoi ini, Tekan SINI untuk menyuarakan keinginan anda dan Modenas akan memaklumkan anda sekiranya anda dipilih. Segeralah kerana tempatnya hanya terhad buat 20 orang penunggang!

Jumpa anda di sana!

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]