Motosikal konsep Peugeot P2X Roadster dan Café Racer telah diperkenalkan di acara Paris Motorshow baru-baru ini. Rangkaian P2X terdiri daripada motosikal roadster 125cc dan café racer 300cc. Skuter jenama Peugeot kini telah berada di 60 buah negara di seluruh dunia.
Category: Kereta
Berita dan ulasan pandu uji Kereta dari Malaysia dan antarabangsa
Honda Malaysia baru sahaja menandatangani sijil kerjasama (C0C) dengan Jabatan Politeknik dan Pendidikan Kolej Komuniti bersama Kementerian Pendidikan dalam menggabungkan modul latihan Honda dalam program latihan automotif.
BMW Malaysia telah memperkenalkan BMW 6 Series Gran Turismo yang pertama yang bertemakan keluasan, keselesaan dan fungsi yang tiada tandingan di dalam kelas kenderaan mewah. Varian yang telah dilancarkan semalam adalah BMW 630i GT model CKD terkini yang mebawa jumlah model yang dipasang di dalam negara kepada sembilan model dan 11 varian.
Setelah sekian lama, Proton buat pertama kalinya telah membuat pratonton kepada semua ahli media Malaysia. Seperti yang tertera di atas, nama bagi model SUV pertama dari Proton adalah Proton X70. Majlis pratonton kepada para media telah diadakan di Pusar Reka Bentuk Proton di Subang Jaya, Selangor.
Honda merupakan salah satu pengeluar kereta (dan juga motor) yang paling berpengaruh di dunia. Mengikuti sejarah permulaan Honda dengan pengasas idealistik iaitu Soichiro Honda seawal tahun 1940-an, pembangunan jenama Honda merupakan sebuah perjalanan yang sangat unik dan menarik. Hasil dari segala evolusi syarikat, pandangan dan matlamat untuk menjadi syarikat pengeluar kereta terhebat di dunia adalah…
BMW Malaysia telah mengeluarkan senarai harga baharu model-model tawaran di dalam negara. Harga baharu ini telah dikemaskinikan dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan SST sebanyak 10%. Harga bagi model CKD turun manakala harga naik bagi model import CBU. BMW Malaysia telah mengumumkan senarai harga baharu bagi model-model yang ditawarkan di Malaysia. Harga baharu ini telah dikemaskinikan…
Honda Malaysia telah mengumumkan harga baharu mereka yang telah dikuatkuasakan dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan. Semua harga tertera telah dikemaskinikan dengan cukai jualan SST 10%. Bagi khidmat selepas jualan seperti servis, cukai perkhidmatan 6% akan ditambahkan. Honda Malaysia baru sahaja mengumumkan harga kenderaan-kenderaan mereka yang kini telah dikuatkuasakan dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan SST mulai…
Pertandingan filem pendek BMW Shorties kembali untuk tahun yang ke-12. Tema peraduan filem tahun ini adalah “Drive” atau “Dorongan”. Penyertaan akan dibuka dari 30 Ogos 2018 hingga 26 Oktober 2018. Perhatian kepada semua pengarah filem tanah air! Pertandingan filem pendek BMW Shorties kembali untuk tahun ke-12. BMW Shorties merupakan pertandingan filem pendek masyhur yang paling…
UMW Toyota telah mengumumkan penganjuran mereka dalam Kejohanan Toyota Velocity Esports. Menangi hadiah utama berjumlah RM60,000 dalam permainan Gran Turismo Sport. Kejohanan sukan elektronik ini akan berlangsung dari 21 hingga 23 September 2018 dan penyertaan adalah percuma bagi 400 orang sahaja! UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) baru sahaja mengumumkan penglibatan terbaharu mereka di dalam…