BMW 6 Series Gran Turismo pertama diperkenalkan – RM450,000!

BMW Malaysia telah memperkenalkan BMW 6 Series Gran Turismo yang pertama yang bertemakan keluasan, keselesaan dan fungsi yang tiada tandingan di dalam kelas kenderaan mewah. Varian yang telah dilancarkan semalam adalah BMW 630i GT model CKD terkini yang mebawa jumlah model yang dipasang di dalam negara kepada sembilan model dan 11 varian.

Menurut En. Harald Hoelzl, Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, “BMW 6 Series GT menambah satu lagi dimensi dan penawaran baharu dalam portfolio produk mewah moden kami. Jentera baharu ini menawarkan ciri-ciri kefungsian yang mengagumkan serta menampilkan format badan kenderaan baharu yang telah menempah nama di persada antarabangsa, dan ia juga didatangkan dengan ciri pemanduan yang menyelesakan serta keluasan berstandard tinggi, justeru mendefinisikan karakter kenderaan ini yang tersendiri.”

“Model baharu ini akan menyuntik nafas baharu kepada kelas kenderaan eksekutif mewah, sebagai satu-satunya kenderaan dalam segmen seumpamanya yang menawarkan keluasan seperti kenderaan Gran Turismo yang moden, keselesaan pemanduan seperti sedan kelas mewah, dan dinamismeserta tarikan estetika yang sepadan dengan coupé elegan yang bersaiz besar,” tambah Hoelzl.

BMW 6 Series GT yang pertama ini telah dibina dengan inovasi teknologi BMW Efficient Lightweight dimana casis kenderaan dibina dengan menggunakan aluminium dan keluli kekuatan tinggi. Cara pembinaan kenderaan ini telah berjaya mengurangkan berat keseluruhan sebanyak 150kg jika dibandingkan dengan model-model BMW terdahulu.

Teknologi ini juga berjaya memberi ruang dalaman yang lebih lapang dan ini dipertingkatkan lagi dengan posisi tempat duduk yang lebih tinggi, pemadangan yang lebih luas dan juga ruang kaki dan atas yang lebih selesa kepada semua penumpang.

Pembinaan rangka kereta seperbegini juga memberi ruang pembukaan bonet yang lebih besar dan juga penambahbaikan dari segi pandangan luar bahagian belakang. Ruang bonet yang kini 100 liter lebih luas (610 liter jumlah keseluruhan) didatangkan dengan fungsi ‘Comfort Access’ dimana ruangan belakang boleh dibuka tanpa penggunaan tangan.

Bahagian luaran BMW 6 Series GT juga telah dilengkapkan dengan spesifikasi seperti:

  • Lensa lampu depan LED ‘Adaptive’ yang mengunjur ke gril kidney BMW yang ikonik
  • Set roda 20-inci ‘M light-alloy double-spoke 648 M’ dwiwarna
  • Lampu belakang LED bentuk tiga dimensi
  • Pengawal flap udara aktif
  • ‘Air Curtains’ ‘Air Breathers’ dan spoiler belakang automatik (diaktifkan apabila kenderaan ini mencecah kelajuan 110 km/j)

Dari segi pengendalian, BMW 6 Series GT dilengkapi dengan suspensi Adaptif dengan ‘Dynamic Damper Control’ serta suspensi udara pada gandar hadapan dan belakang yang mampu memberi pengendalian yang lebih dinamik dan juga selesa.

Suspensi udara dwigandar membolehkan ketinggian kenderaan ini dilaraskan secara manual, ini bermakna ruang kelegaan tanah (ground clearance) boleh ditingkatkan lagi sebanyak 20 milimeter dengan hanya menekan butang untuk menyesuaikan dalam apa jua keadaan jalan raya.

Ia juga mampu merendahkan tinggi keseluruhan sebanyak 10mm melalui mod ‘Sport’ dengan suis ‘Driving Experience Contorl atau secara manual untuk memberi lebih kestabilan apabila memandu lebih dari 120km/j.

Spesifikasi yang paling menarik pada kenderaan ini semestinya enjin 2.0 liter empat silinder TwinPower Turbo yang mampu menjana 258 kuasa kuda dan juga 400Nm tork maksimum! Dengan gandingan transmisi Steptronic lapan kelajuan, kuasa pecutan 0-100km/j boleh dicapai dalam masa 6.3 saat dan kelajuan maksimum setinggi 250km/j sambil menggunakan petrol secara efisien.

Ruang kokpit BMW 6 Series GT ini juga memberi lebih fokus kepada pemandu melalui unsure-unsur seperti pengawal yang ergonomik, serta paparan dan sistem pengawal yang menawarkan versatiliti yang tiada tandingann seperti operasi, navigasi, komunikasi dan maklumat hibur.

Nadi ciri kefungsian kenderaan ini ialah sistem iDrive, lengkap dengan ‘Touch Controller’ yang terletak di konsol pusat serta ‘Control Display’, yang kini hadir dengan skrin sentuh ‘freestanding’. Paparan resolusi tinggi pula kini mempunyai skrin 10.25 inci berpenjuru bersama menu yang menggunakan penggayaan ‘tile’ serta grafik beranimasi dalam mod ‘live’ yang intuitif.

BMW 6 Series GT juga menawarkan kemudahan fungsi arahan suara yang telah dikemaskini dengan ‘BMW Gesture Control’ dan paparan jenis ‘Head-Up’ BMW generasi baharu. Stereng ‘M Sport’, papan pemuka ‘Sensatec Leather’ dan ‘Fineline Ridge’yang menggunakan bahan‘Fine Wood’ dengan kemasan krom (Pearl Gloss Chrome) menyempurnakan keterampilan jentera ini yang penuh gaya.

Spesifikasi menarik yang lain termasuk:

  • Amaran Pengeluaran Laluan (Lane Departure Warning)
  • Amaran Penukaran Laluan (Lane Change Warning)
  • Amaran Perlanggaran dan Pejalan Kaki (Collision and Pedestrian Warning)
  • Mitigasi Perlanggaran dalam KawasanBandar (City Collision Mitigation)
  • Amaran PerentasanTrafik (Crossing Traffic Warning)
  • Info Had Laju (Speed Limit Info).
  • BMW Connected Drive

Harga yang dianggarkan bagi varian BMW 630i GT ini dalam RM450,000 (harga atas jalan tanpa insurans) dan mereka yang berminat boleh memilih dari empat warna luaran iaitu Putih (Alpine White), Biru (Bluestone), Hitam (Carbon Black) dan Kelabu (Sophisto Grey) bersama warna dalaman Hitam (Carbon Black).

Pemilik BMW 6 Series GT juga boleh menikmati Pengalaman Pemilikan Premium yang ditawarkan oleh BMW Group Malaysia yang merangkumi:

  • Waranti Perbatuan tanpa Had selama 5 Tahun oleh BMW serta Program Servis Berjadual Percuma
  • Program Waranti Tayar selama 2 Tahun/24 Bulan oleh BMW untuk penawaran servis ‘Run Flat Tyre’
  • Bantuan Tepi Jalan dan Hotline Kemalangan oleh BMW
  • Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’ – BMW White Card
  • Servis Atas Talian oleh BMW

Untuk maklumat lanjut, layari www.bmw.com.my atau kunjungi mana-mana pengedar rasmi BMW Malaysia di seluruh negara mulai esok, 8 September 2018.

BMW Malaysia umum harga baharu dengan SST