Proton SUV yang dinanti-nantikan – Proton X70!

Setelah sekian lama, Proton buat pertama kalinya telah membuat pratonton kepada semua ahli media Malaysia. Seperti yang tertera di atas, nama bagi model SUV pertama dari Proton adalah Proton X70. Majlis pratonton kepada para media telah diadakan di Pusar Reka Bentuk Proton di Subang Jaya, Selangor.

Berasakan model Boyue dari Geely, reka bentuk SUV pertama dari Proton iaitu Proton X70 ini telah diperkayakan lagi dengan gabungan cita rasa rakyat Malaysia. Dengan suntikan reka bentuk British dan juga Swedish, Proton X70 merupakan hasil utama kumpulan pereka cipta yang diketuai oleh Peter Horbury, Naib Presiden Eksekutif Reka Bentuk untuk Geely.

Ketua Reka Bentuk Proton, Azlan Othman juga menyatakan bahawa kenderaan jenis SUV melambangkan kejayaan, keselamatan, perkembangan dan gaya mutu keunggulan bagi para pengguna di serata dunia. Falsafah reka bentuk Proton X70 berdasarkan atas tiga aspek berbeza iaitu progresif, harmoni dan juga bersemangat.

Azlan juga menerangkan bahawa reka bentuk luaran energetik Proton X70 ini diinspirasikan dari haiwan liar Harimau yang berkuasa, lincah dan pada masa yang sama menawan. Reka bentuk yang memberi rasa momentum ke hadapan juga dipertingkatkan lagi dengan tambahan gril ‘Infinite Weave’ dan lampu siang LED atau DRL.

Bahagian hadapan Proton X70 ini juga sangat berbeza dari model asas Geely Boyue dimana kumpulan reka cipta bersama Encik Azlan telah diilhamkan dengan reka bentuk busur yang melambangkan ketangkasan, kecepatan dan perasaan yang lembut dan juga ringan.

Menurut beliau, “Kami memasukkan unsur-unsur unik yang terdapat di Malaysia dan menerapkannya dalam reka bentuk kami untuk menghargai keunikan dan kekayaan persekitaran, tradisi dan warisan kita. Dengan mencerminkan ketukangan dahulu kala, kami telah membangun dan mengembangkan seni ukiran kayu tradisional ke dama susunan reka bentuk yang kami panggil ‘Infinite Weave’.”

Aspek-aspek lain yang terdapat pada Proton X70 ini adalah:

  • Enjin 1.8 liter jenis TGDI (Turbocharged Gasoline Direct Injection) yang mampu menjana 181 kuasa kuda
  • Reka bentuk dalaman yang diinspirasi dari alam sekitar
  • Meter panel LED yang boleh diubahsuai
  • Unsur-unsur mewah kulit Nappa

Dari segi nama Proton X70, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar berkata “Ini merupakan pertama kali kami menggunakan sistem abjad angka bagi model Proton di mana kajian kami menunjukkan ianya mudah untk Proton menjual X70 tersebut di ASEAN dan pasaran-pasaran antarabangsa. Huruf X sinonim dengan kenderaan jenis Crossover atau SUV daripada jenama lain manakala 70 pula menggambarkan saiz atau kelas bagi segmen SUV dan memberi Proton satu sistem logikal untuk menghasilkan model yang lebih besar atau kecil pada masa hadapan.”

Penempahan bagi Proton X70 akan bermula esok (8.9.2018) dengan bayaran tempahan sebanyak RM1,000. Terdapat empat varian berbeza iaitu Standard 2WD, Executive 2WD, Executive 4WD dan Premium 2WD. Untuk maklumat lanjut, layari www.proton.com.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]