Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan baru-baru, ini telah melelong 65 buah kenderaan. Ia berjaya meraih sejumlah RM389,963. Bidaan tertinggi bagi sebuah motosikal adalah pada harga RM15,000, bagi sebuah model Yamaha YZF-R6.
Category: jpj
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur kini mempunyai tiga orang pegawai wanita dalam Unit Penguatkuasaan Bermotosikal. Tiga orang pegawai tersebut merupakan antara pegawai wanita pertama dalam unit di bawah jabatan berkenaan. Para pegawai wanita berkenaan telah menjalani latihan yang sama seperti pegawai lelaki.
Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) telah mengeluarkan amaran kepada penunggang motosikal supaya tidak melarikan diri dari sekatan jalan raya. Jabatan berkenaan akan merekodkan mereka yang melarikan diri sebagai bukti. Mereka kemudiannya akan mengeluarkan notis sebelum mengambil tindakan menyaman dan menyenarai hitam penunggang yang melarikan diri sekatan jalan raya.
Sejumlah 850 saman trafik telah dikeluarkan oleh Polis dan JPJ ke atas penunggang motosikal di dua buah lokasi berbeza semalam. Kesalahan ini termasuklah tidak menggunakan laluan motosikal, menunggang tanpa lesen, cukai jalan yang tamat tempoh, dan bermacam-macam lagi. Jumlah saman yang dikeluarkan begitu banyak sekali.
Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke berkeras tidak akan memberikan diskaun bagi saman JPJ. Langkah ini adalah bagi memberi pengajaran kepada para pengguna jalan raya dan memastikan para pesalah tidak terlepas dengan hukuman yang ringan. Dia juga telah berbincang dengan pihak berkuasa tempatan dan menggesa mereka untuk tidak memberikan diskaun untuk kesalahan trafik.
Seorang lelaki berusia 18 tahun telah mengugut seorang pegawai JPJ dengan sebilah pisau setelah gagal ujian memandunya. Dia telah melakukan berbilang kesalahan trafik termasuklah melanggar lampu isyarat merah sewaktu ujian tersebut. Ini adalah kali ke-empat dia gagal ujian memandu.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis telah mengeluarkan amaran buat bengkel motosikal dan para pemilik, melarang sebarang pengubahsuaian haram. Jabatan tersebut telah menahan 15 buah motosikal Yamaha Y15ZR yang telah diubahsuai dalam satu operasi. Antara pengubahsuaian yang telah dilakukan adalah bagi meningkatkan kelajuan puncak, serta ekzos yang terlalu bingit.
Kerajaan akan membatalkan 3.1 juta saman AES (Automated Enforcement System). Keputusan ini seiringan dengan pengambilalihan operasi AES oleh Jabatan Pengangkutan Jalan bermula 1 September 2018. Menteri Pengangkutan Anthony Loke menekankan yang ini adalah tawaran sekali sahaja.
Berapakah yang perlu anda bayar sekiranya anda dihentikan atas kesalahan trafik? Panduan di bawah telah disekatakan untuk PDRM, JPJ, dan DBKL. Ingat, “Lebih banyak anda berlengah, lebih banyak anda perlu bayar.”