Category: Harley Davidson
Harley-Davidson Sportster 48 Special adalah salah sebuah model paling popular di antara model Sportster. Rupa parasnya yang menawan itu hadir atas jasa susuknya yang renek dan juga tayar hadapannya yang besar dan ikonik. Tangki bahanapi 8 liternya itu membuatkannya lebih sesuai sebagai sebuah tunggangan dalam bandar berbanding sebuah tunggangan jarak jauh. Sekiranya anda mementingkan gaya,…
Kesatuan Eropah akan mengenakan kadar tariff yang tinggi ke atas produk buatan Amerika Syarikat. Antara produk yang akan terjejas adalah Harley-Davidson dan Indian Motorcycles. Tariff ini merupakan serangan balas terhadap tindakan Amerika Syarikat mengenakan tariff pada keluli import sebanyak 25%.
Harley-Davidson Sportster Iron 1200 adalah tambahan baharu bagi rangkaian popular Sportster. Berasaskan model Iron 883, ianya telah dilengkapi dengan enjin 1202cc yang lebih besar dan menawarkan 30% lebih kuasa. Dengan palang pemegang ‘mini-ape’ yang tinggi,tempat letak kaki yang ditetapkan pada di tengah-tengah, dan roda hadapan sebesar 19 inci, Iron 1200 ini adalah sebuah jentera buas…
Motosikal Harley-Davidson Fat Boy dari filem ikonik, Terminator 2 telah dilelong baru-baru ini. Ia telah berjaya meraih harga yang lebih tinggi daripada yang dijangkakan. Populariti model Fat Boy tersebut melonjak naik sejak kemunculannya dalam filem berkenaan.
Konvoi Buka Puasa HOG PJ yang julung kali telah diadakan pada hari Sabtu yang lalu, ke Restoran Seafarer, Melaka. Sekitar 40 orang ahli kumpulan Harley Owners Group Petaling Jaya telah menyertai tunggangan ini. Sesi berbuka puasa juga telah disertai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Klebang, Gue Teck.
Pakar Harley-Davidson, Bündnerbike, dengan kerjasama pembuat jam Switzerland, Carl F. Bucherer, telah mencipta sebuah motosikal Harley yang barangkali merupakan motosikal Harley paling mahal di dunia. Harley-Davidson Softail Slim S Blue Edition itu didatangkan dengan lebih daripada 360 biji berlian, jam buatan khas, dan barang kemas. Bagi mereka yang berminat dengan motosikal Blue Edition ini, ianya…
Harley-Davidson Petaling Jaya telah mengkaji semula harga motosikal mereka. Harga baharu ini sudah pasti menjadikan motosikal Harley lebih menarik. Wakil pengedar rasmi Harley-Davidson juga akan dibuka di Pulau Pinang dan Melaka.
Lebih banyak rangkaian motosikal Harley-Davidson 2018 telah tiba di Harley-Davidson Petaling Jaya. Ianya terdiri daripada tiga model Softail dan sebuah model Sportster. Para penggemar Harley kini ada lebih banyak pilihan.