Harley Davidson Memindahkan Pengeluarannya Dari Amerika Syarikat

  • Harley-Davidson telah mengumumkan rancangannya untuk memindahkan pengeluarannya ke kilang mereka di luar Amerika Syarikat.
  • Disebabkan oleh perang perdagangan antara Amerika Syarikat dengan EU, cukai import yang dikenakan ke atas motosikal buatan Amerika Syarikat telah dinaikkan sebanyak 25%.
  • Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, telah memberi komen mengenai Harley-Davidson di laman Twitter-nya.

Perang perdagangan terkini di antara Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah (EU) telah menzahirkan beberapa komen yang pedas di antara beberapa buah pihak utama dalam industri motosikal dan juga Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Apa yang lebih penting adalah ianya mengakibatkan kepada kenaikan kadar cukai ke atas motosikal buatan Amerika Syarikat oleh EU, dari 6%, ke 31% – peningkatan sebanyak 25%. Oleh kerana itu, Harley-Davidson telah memutuskan untuk meningkatkan lagi pengeluaran di kilang pemasangan antarabangsa mereka di luar negara tersebut.

Trump kemudiannya telah menghamburkan tweet-tweet berikut, berkenaan dengan keputusan yang telah diambil Harley-Davidson:


Trump telah menyatakan dengan jelas dan Harley-Davidson membalas dengan mengatakan bahawa peningkatan tarif sebanyak 25% itu akan membebankan syarikat berkenaan dan satu-satunya langkah yang mapan pada waktu ini adalah untuk memindahkan pengeluarannya ke kilang yang telah mereka bina di negara-negara seperti Thailand, Australia, Brazil, dan India, bagi memastikan mereka terus beroperasi.

Tindakan ini bukannya satu langkah yang ingin diambil oleh syarikat tersebut, namun ianya akan membantu menepis cukai yang berjumlah sekitar $100 juta akibat sekatan perdagangan yang dikenakan oleh EU. Ini sudah pasti satu berita yang kurang senang didengari buat kilang mereka du Amerika Syarikat memandangkan yang mereka menghasilkan sekitar 40,000 buah motosikal di sana bagi pasaran EU.

Pada andaian kami, sekiranya Harley-Davidson ingin terus kekal teguh dengan keinginan untuk mengekalkan hasil jualan sebanyak 16% mereka di EU, rancangan mereka untuk mengalihkan pengeluaran keluar dari Amerika Syarikat adalah langkah mereka yang terbaik. sekurang-kurangnya, buat masa ini. Kami merasakan yang ianya tidak akan berhenti setakat ini. Teruskan bersama kami di MotoMalaya untuk perkembangan terkini segenap dunia permotoran.

Harley-Davidson Dan Indian Motorcycles Dikenakan Dengan Tariff Import Yang Tinggi

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.