Harley-Davidson Dan Indian Motorcycles Dikenakan Dengan Tariff Import Yang Tinggi

Sumber imej: Brian J. Nelson
  • Kesatuan Eropah akan mengenakan kadar tariff yang tinggi ke atas produk buatan Amerika Syarikat.
  • Antara produk yang akan terjejas adalah Harley-Davidson dan Indian Motorcycles.
  • Tariff ini merupakan serangan balas terhadap tindakan Amerika Syarikat mengenakan tariff pada keluli import sebanyak 25%.

Dalam siri peperangan perdagangan terkini dengan Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah (EU) baru sahaja memberi tindak balas kepada keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang mengenakan cukai import baharu untuk keluli dan aluminium dari Eropah. Tariff sebanyak 25% akan dikenakan ke atas motosikal buatan Amerika Syarikat, termasuk pelbagai lagi produk buatan Amerika Syarikat yang lain.

EU pernah memberi amaran akan tindak balas terhadap Amerika Syarikat, yang telah menggunakan tariff baharu ini pada awal bulan ini, dengan menambah tariff sebanyak 25% ke atas keluli import dan 10% ke atas aluminium import.

Negara-negara Eropah sebulat suara telah menyokong pelan ini pada minggu lalu. Suruhanjaya Eropah akan bertemu pada hari ini. Setakat ini mereka telah menyenaraikan 10 muka surat penuh produk keluaran Amerika Syarikat. Bagi motosikal, tariffnya telah dikelaskan seperti berikut:

  • Motorcycles and cycles fitted with an auxiliary motor, with or without sidecar. With reciprocating internal combustion piston engine of a cylinder capacity exceeding 500cc but not exceeding 800cc.
  • Motorcycles and cycles fitted with an auxiliary motor, with or without sidecar. With reciprocating internal combustion engine of a cylinder capacity exceeding 800cc.

Ini bermakna sebarang motosikal dari Amerika Syarikat yang berkapasiti 500cc ke atas akan dikenakan cukai yang baharu ini.

Ini sudah pasti akan menjejaskan jualan, lebih-lebih lagi buat Harley-Davidson yang telah terjejas dengan jumlah jualan yang rendah di Amerika Syarikat dan bergantung kepada jumlah jualan antarabangsa. Indian Motorcycles, walaupun mempunyai prestasi jualan yang baik, sudah pasti akan turut terjejas dengan tariff baharu ini.

Tidak cukup dengan tindakan yang di ambil oleh Kesatuan Eropah, India juga turut mengenakan duti import 50% ke atas motosikal keluaran Amerika Syarikat di atas 800cc, sebagai tindak balas terhadap Amerika Syarikat yang mengenakan cukai sebanyak 25% ke atas keluli India.

Tariff baharu Amerika Syarikat ini adalah sebahagian daripada kempen “Make America Great Again” oleh Presiden Donald Trump, yang bertujuan untuk melindungi industri negara berkenaan.

Bak kata Trump, “This is YUGE!”

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]