Konvoi Buka Puasa HOG PJ Ke Restoran Seafarer, Melaka

  • Konvoi Buka Puasa HOG PJ yang julung kali telah diadakan pada hari Sabtu yang lalu, ke Restoran Seafarer, Melaka.
  • Sekitar 40 orang ahli kumpulan Harley Owners Group Petaling Jaya telah menyertai tunggangan ini.
  • Sesi berbuka puasa juga telah disertai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Klebang, Gue Teck.

Hari Sabtu yang lalu, satu konvoi berbuka puasa buat julung kalinya bagi kumpulan Harley Owners Group (HOG) Petaling Jaya telah diadakan, di mana mereka telah menganjurkan satu tunggangan ke Melaka. Kira-kira 40 orang ahli kumpulan HOG PJ telah turut sama dalam acara keraian yang didokong oleh Harley-Davidson Petaling Jaya (HDPJ), yang terletak di The Gasket Alley.

Pelbagai jenis jentera Harley-Davidson yang telah menderu kuat di atas lebuh raya dari The Gasket Alley menuju ke Alor Gajah, Melaka. Konvoi tersebut merupakan satu pemandangan yang menakjubkan, di mana mereka bergerak pantas di atas jalan raya yang terbuka dengan megah dan penuh disiplin. Konvoi bermula tepat pada jam 4 petang dan mereka telah tiba di Restoran Seafarer yang cukup terkenal lebih awal dari jadual iaitu sejurus selepas jam 6 petang.

Kumpulan ini juga turut disertai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Klebang, Gue Teck, bersama dengan pengiringnya dan juga beberapa orang ahli kumpulan Harley-Davidson Melaka. Para penunggang tidak perlu menunggu lama bagi berbuka puasa di mana mereka telah dihidangkan dengan hidangan Baba Nyonya tempatan yang cukup lazat sekali.

Sebagai hiburan malam tersebut, para ahli kumpulan HOG PJ telah dihiburkan oleh penyanyi Restoran Seafarer, yang mana kemudiannya telah diikuti oleh seorang ahli HOG yang telah mendendangkan semua dengan lagu-lagu hit lama.

Selepas sesi bergambar, kumpulan ini, yang terdiri daripada para penunggang yang penuh dengan disiplin telah sedia berada di atas tunggangan masing-masing tepat pada jam 9 malam, seperti mana yang telah dijadualkan, bagi bersiap sedia untuk menuju kembali ke Kuala Lumpur. Secara keseluruhannya, konvoi ini adalah satu tunggangan ke Melaka yang menyeronokkan buat semua bagi menikmati makanan yang lazat,suasana yang meriah, serta keseronokan sesama rakan dan juga teman sepenunggangan. Satu lagi konvoi yang hebat bagi kumpulan Harley Owners Group Petaling Jaya.

Tunggangan Pertama HOG Petaling Jaya

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.