Boon Siew Honda Telah Mempratontonkan Honda CB1000R 2018 – RM80,000?

Boon Siew Honda (BSH) telah mempratontonkan motosikal super naked, Honda CB1000R 2018, di Malaysia Autoshow 2018. Dikenali sebagai “Neo Sports Cafe”, motosikal CB1000R ini, dengan erti kata lain, adalah versi naked motosikal superbike, Honda CBR1000RR Fireblade. Harga rasmi bagi model ini belum dihebahkan lagi namun BSH telah mengandaikan yang ianya mungkin berada di paras RM80,000.

Motosikal Honda CB1000R Carbon Edition Diperkenalkan Di Tokyo

Sebuah motosikal buatan khas ‘one-off’ karbon fiber, Honda CB1000R Carbon Edition 2018 telah diperagakan sewaktu Pertunjukan Motosikal Tokyo 2018. Dibina oleh Magical Racing, setiap satu bahagiannya, bermula dari roda hinggalah ke palang pemegangnya, telah digantikan dengan bahagian karbon fiber. Sebuah ekzos sistem penuh Yamamoto Racing Spec-A dengan peredam berwarna emas melengkapkan lagi motosikal tersebut.

Honda Impian X – Langkah Kanan Pertama Boon Siew Honda Bagi Tahun 2018

Bilik pameran Honda Impian X yang pertama telah dilancarkan pada bulan yang lalu di Johor. Bilik pameran konsep yang baru itu telah memberikan pengalaman serta keseronokan yang baru dalam membeli motosikal berkapasiti kecil di Malaysia. Boon Siew Honda telah merancang untuk merombak keseluruhan pemasarannya dengan Impian X sebagai langkah pertama mereka diikuti dengan Pusat Honda…

JPJ Sedang Menguji Skuter Kembara Honda X-ADV 2018

Beberapa buah gambar intipan yang menunjukkan JPJ sedang menguji skuter kembara Honda X-ADV 2018 telah mula tersebar luas di atas talian. Ini bermakna bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan kini sedang menjalankan proses ‘Vehicle Type Approval’ (VTA) untuk skuter kembara Honda tersebut. Skuter Honda X-ADV dijangka bakal tiba di Malaydia pada tahun ini bersama dengan motosikal Africa…

Tunggang Uji Honda CRF250L Dan CRF250 Rally

  Artikel oleh: Wahid Ooi Abdullah Motosikal Honda CRF250L dan CRF250 Rally adalah motosikal off-road dan adventure-tourer tahap permulaan. Kedua-dua model berkenaan menggunakan enjin yang sama namun dengan kadar suspensi yang berbeza. Harganya telah ditetapkan pada RM24,378.94 (harga asas beserta GST) bagi CRF250L, dan RM28,618.94 (harga asas beserta GST) bagi motosikal CRF250 Rally.