BMW Motorrad akhirnya telah memperkenalkan model R 1250 GS dan R 1250 RT baharu yang hadir dengan enjin Boxer yang baharu. Enjin 1,254cc yang baharu ini adalah versi Boxer 4-injap yang kelima. Ia tampil dengan peningkatan kuasa dan tork sehingga 14%, beserta pengurangan penggunaan bahanapi sebanyak 4%.
Category: BMW
Desas desus mengatakan bahawa model R 1250 GS yang baharu akan dijana oleh sebuah enjin Boxer baharu dengan pemasaan injap boleh laras. Satu video promosi telah muncul di atas talian mengesahkan khabar angin tersebut. Video itu juga telah menunjukkan bagaimana teknologi “Shift Cam” berfungsi serta rupa GS yang baharu.
BMW Motorrad akan mengeluarkan Sembilan model baharu bagi tahun hadapan dan salah satu jentera yang paling menarik perhatian adalah motor ‘supersport’ BMW G 310 RR. Motosikal varian sukan yang dikatakan berkaitan dengan BMW G 310 R dan G 310 GS juga berkongsi platform dengan motosikal TVS Apache RR 310.
Ianya telah diperkatakan oleh ramai bahawa BMW mungkin akan memperkenalkan enjin Boxer 1,254cc yang baharu. Enjin baharu ini dijangka akan menjana model R 1250 GS dan R 1250 RT yang baharu. Namun, CARB telah mendedahkan yang ianya akan menjana keseluruhan rangkaian “R”.
BMW Malaysia telah memperkenalkan BMW 6 Series Gran Turismo yang pertama yang bertemakan keluasan, keselesaan dan fungsi yang tiada tandingan di dalam kelas kenderaan mewah. Varian yang telah dilancarkan semalam adalah BMW 630i GT model CKD terkini yang mebawa jumlah model yang dipasang di dalam negara kepada sembilan model dan 11 varian.
Imej hasilan yang menunjukkan sebuah motosikal yang kelihatan seperti BMW S 1000 RR 2019 telah tersebar di atas talian. Berdasarkan gambar tersebut, model 2019 ini bercirikan reka bentuk serba baharu yang lebih lancar dan mengalir. Sumber-sumber mengandaikan bahawa motosikal ini akan tampil dengan lebih kuasa dan diterapkan dengan teknologi berinspirasikan MotoGP.
BMW Malaysia telah mengeluarkan senarai harga baharu model-model tawaran di dalam negara. Harga baharu ini telah dikemaskinikan dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan SST sebanyak 10%. Harga bagi model CKD turun manakala harga naik bagi model import CBU. BMW Malaysia telah mengumumkan senarai harga baharu bagi model-model yang ditawarkan di Malaysia. Harga baharu ini telah dikemaskinikan…
BMW Motorrad Malaysia telah menyebarkan harga model mereka dengan SST. SST (Cukai Perkhidmatan & Jualan) telah berkuatkuasa bermula 1 September 2018. Kadarnya telah ditetapkan pada 10%.
Pertandingan filem pendek BMW Shorties kembali untuk tahun yang ke-12. Tema peraduan filem tahun ini adalah “Drive” atau “Dorongan”. Penyertaan akan dibuka dari 30 Ogos 2018 hingga 26 Oktober 2018. Perhatian kepada semua pengarah filem tanah air! Pertandingan filem pendek BMW Shorties kembali untuk tahun ke-12. BMW Shorties merupakan pertandingan filem pendek masyhur yang paling…