Adakah ini BMW G 310 RR untuk 2019?

BMW Motorrad akan mengeluarkan Sembilan model baharu bagi tahun hadapan dan salah satu jentera yang paling menarik perhatian adalah motor ‘supersport’ BMW G 310 RR. Motosikal varian sukan yang dikatakan berkaitan dengan BMW G 310 R dan G 310 GS juga berkongsi platform dengan motosikal TVS Apache RR 310.

Bagi mereka yang berminat dengan motor ‘supersport’ peringkat kemasukan (entry-level) seperti KTM RC250/RC390 dan Kawasaki Ninja 250/400, pilihan terbaru dari BMW Motorrad mungkin akan menggegarkan pasaran dunia (dan juga jiwa raga) dengan tawaran motosikal pertama di dalam kategori ini.

Jentera ini telah dikesan sewaktu  acara BMW Motorrad Days yang berlangsung di Jepun baru-baru ini. Akan tetapi, kami rasa bahawa ini kemungkinan besar bukan produk akhir yang akan dikeluarkan tahun hadapan. Ini adalah kerana jentera ini direka khas dengan penggunaan gentian karbon yang direka bentuk untuk penggunaan di dalam litar.

Walaupun terdapat pelekat ‘G 310 RR’ di bahagian reraub (fairing), penggunaan gentian karbon yang pada skala ini sudah pasti akan meningkatkan harga jualan secara mendadak jika motosikal ini diputuskan sebagai produk terakhir yang akan dipasarkan serata dunia.

Dengan reka bentuk seumpama jentera ‘supersport’ tertinggi di BMW Motorrad iaitu BMW S 1000 RR, ia lebih sesuai untuk penggunaan di siri perlumbaan WorldSBK di kategori World Supersport 300 dari model untuk jualan pasaran.

Buat masa ini, kami semua perlu lebih sabar dan tunggu kemunculan motosikal BMW G 310 RR yang kemungkinan besar akan berlangsung di INTERMOT Germany dan juga EICMA Italy pada bulan Oktober dan November hujung tahun ini. Sabar, bang. Sabar…

Adakah Ini BMW S 1000 RR 2019 Yang Baharu?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.