MotoGP: Petronas Penaja Utama GP Malaysia 2022

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) telah pun memaklumkan bahawa Malaysia akan kembali dalam kalendar MotoGP bermula musim ini setelah dua tahun menyepi ekoran pandemik Covid-19. CEO SIC, Azhan Shafriman turut mendedahkan bahawa kontrak penganjuran MotoGP juga telah disambung sehingga 2024 dengan perbincangan dilanjutkan sehingga 2026 bersama Dorna Sports telah pun berjalan. Dalam pada itu, SIC turut…

Penurunan Had Laju Kenderaan Bakal Dicadangkan

Cadangan menurunkan had laju kenderaan daripada 50km/j kepada 30km/j di beberapa kawasan di pusat bandar akan dibentangkan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bulan hadapan. Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Jalaluddin Alias ​​berkata Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) masih dalam proses menetapkan butiran cadangan itu. “Pengumpulan dan analisis data akan dijalankan dan…

Bidaan Nombor Plat NDU Mampu Raih RM1.3 Juta – JPJ

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan yakin nombor siri pendaftaran ‘NDU’ bakal menghadirkan kutipan lebih RM1.3 juta. Menurut Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf, antara nombor yang dijangka dapat sambutan adalah NDU 8, NDU 88, NDU 8055, NDU 333 dan NDU 999. “Kami menyasarkan kutipan hasil untuk siri bidaan nombor pendaftaran ‘NDU’ adalah sebanyak…

Pemandu Wanita Dakwa Dipukul, Polis Johor Panggil 10 Pemandu Konvoi Kereta Mewah

Polis Johor akan memanggil 10 pemandu konvoi kereta mewah yang bertindak memberhentikan kenderaan di Kilometer 34 Lebuhraya Utara Selatan, Jumaat lalu. Perkara itu dimaklumkan Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat yang menjelaskan kesemua individu terlibat dipanggil bagi bertujuan merakam kenyataan susulan insiden yang tular di media sosial baru-baru ini. Difahamkan, sekumpulan pemilik kereta mewah…

Kerajaan Kekalkan Subsidi Walaupun Harga Minyak Sedunia Meningkat

Kerajaan akan terus melindungi rakyat daripada kesan kenaikan inflasi yang mendadak dengan meneruskan pemberian subsidi walaupun harga minyak global meningkat akibat perang Rusia-Ukraine. Pengarah Pejabat Belanjawan Negara Datuk Johan Mahmood Merican berkata ini adalah komitmen kerajaan dengan mengambil kira hakikat bahawa negara masih dalam peringkat awal pemulihan daripada kesan Covid-19. “Kerajaan mengekalkan dasar subsidi semasa…

Azlan Shah Bakal Kembali Beraksi!

Juara bertahan ASB1000, Azlan Shah Kamaruzaman, telah menunggu dua tahun untuk memulakan kempen mempertahankan gelarannya. Kini, dengan pembukaan musim Kejohanan FIM Asia Road Racing 2022 yang akan bermula di Litar Antarabangsa Chang di Buriram, Thailand pada penghujung bulan, Azlan akhirnya boleh menyarungkan pakaian perlumbaannya dan kembali ke trek semula. “Boleh dikatakan saya secara tidak rasmi…

Suzuki Raider R150 Fi 2022 Cecah 177KM/J Atas Mesin Dyno

Umum sedia maklum bahawa Suzuki Malaysia telah pun melancarkan tiga model 150cc untuk pasaran tempatan baru-baru ini. Suzuki GSX-R150, GSX-S150 dan Raider R 150 Fi telah pun dirasmikan untuk pasaran tempatan sekaligus menghadirkan satu berita gembira buat peminat jenama itu di Malaysia. Bagaimanapun, hadir satu lagi berita gembira untuk peminat yang mungkin bercadang untuk mendapatkan…

Rancak ‘Fly’ Di KL, Tujuh Lelaki Ditahan JSPT

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur telah menahan 25 individu atas pelbagai kesalahan trafik dalam satu operasi mingguan yang dijalankan di Kuala Lumpur, pada Sabtu. Operasi melibatkan 80 pegawai termasuk anggota polis itu turut menyaksikan 660 saman telah dikeluarkan. Turut ditahan tujuh lelaki selepas didapati menunggang motosikal secara berbahaya dengan melakukan zig-zag, roket…

Keselamatan Penunggang Motosikal Harus Ditingkatkan, kata Menteri Kerja Raya

Menteri Kerja Raya Kanan Datuk Seri Fadillah Yusof, mewakili kementeriannya pada sesi parlimen baru-baru ini berkata PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan syarikat konsesi lebuh raya lain telah diarahkan mengkaji semula keperluan membina lebih banyak tempat berteduh untuk penunggang motosikal, serta keperluan lain yang lebih selamat. “Terdapat sejumlah 186 tempat perlindungan hujan motosikal di sepanjang Lebuhraya…