Juara bertahan MSBK, Azlan Shah Kamaruzaman akan menyertai Asia Superbike 1000 (ASB1000) pada tahun 2019. Dia akan menyertai pasukan ONEXOX TKKR Racing Team. ASB1000 adalah kelas premier dalam siri kejohanan FIM Asia Road Racing Championship.
Category: BERITA TEMPATAN
Berita dan ulasan pandu uji Kereta dari Malaysia, berita tempatan dan antarabangsa
Anugerah Malaysia Car of the Year 2018 (COTY 2018) yang dianjurkan oleh Institut Automotif, Robotik & IoT Malaysia (MARII) sebentar tadi telah menobatkan Peugeot 3008 1.6 Active sebagai pemenang anugerah utama.
AIG Malaysia telah berjaya memenangi dua anugerah insurans permotoran di dalam acara anugerah Motordata Research Consortium (MRC) Industry, Motor Insurance Moving Forward yang telah diadakan baru –baru ini. Di dalam acara ini, AIG Malaysia telah dianugerahkan dengan dua anugerah berbeza iaitu “The Fastest Estimate Claim Approval Time for Own Damage Claims 2017” dan “The Most…
Naza Kia Malaysia akan menjalankan satu promosi menarik dengan kempen “Year End Surprise” dimana pelanggan boleh menikmati beberapa tawaran dan penjimatan sehingga RM15,000 dari 1 Disember – 31 Disember 2018!
Naza Kia Malaysia telah melancarkan beberapa model 2019 yang menarik di Kuala Lumpur International Motor Show 2018 (KLIMS 2018) seperti Kia Optima GT, Sorento, Grand Carnival dan Sportage GT-Line. Model paling menarik yang sedang dipratontonkan sekarang di MITEC Kuala Lumpur adalah Kia Picanto GT-Line 2019 yang akan tiba di pasaran negara tidak lama lagi.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis telah mengeluarkan amaran buat bengkel motosikal dan para pemilik, melarang sebarang pengubahsuaian haram. Jabatan tersebut telah menahan 15 buah motosikal Yamaha Y15ZR yang telah diubahsuai dalam satu operasi. Antara pengubahsuaian yang telah dilakukan adalah bagi meningkatkan kelajuan puncak, serta ekzos yang terlalu bingit.
Para pengunjung yang telah atau ingin hadiri Kuala Lumpur International Motor Show 2018 (KLIMS 2018) boleh melihat kenderaan SUV terkini dari Hyundai yang telah dilancarkan buat pertama kali di Malaysia iaitu Hyundai Santa Fe 2019.
Go Automobile Manufacturing Sdn Bhd (GAM) telah melancarkan barisan van komersial pertama mereka iaitu Go Auto-Higer Ace 2019. Van komersial pertama keluaran mereka merangkumi beberapa varian berkapasiti 18 dan 15 tempat duduk!
Jika anda inginkan sebuah kenderaan yang mempamerkan segala jenis aspek ekslusif pada harga yang tidak terlalu keterlaluan, jenama Lexus boleh dipertimbangkan lebih-lebih lagi dengan model terkini mereka yang sedang dipratontonkan di KLIMS 2018 iaitu Lexus ES 250 2019.