Peugeot 3008 menang anugerah Malaysia Car of the Year 2018!

Anugerah Malaysia Car of the Year 2018 (COTY 2018) yang dianjurkan oleh Institut Automotif, Robotik & IoT Malaysia (MARII)  sebentar tadi telah menobatkan Peugeot 3008 1.6 Active sebagai pemenang anugerah utama.

Model premium keluaran Peugeot ini juga telah memenangi dua lagi anugerah pada malam ini iaitu ‘Compact Crossover of the Year’ dan “Good Design Awards’.

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) juga menyambut kegemilangan dengan memenangi lima anugerah bagi model-model berbeza iaitu:

  • Premium Crossover – Mercedes-Benz GLC 200
  • Premium SUV – Mercedes-Benz AMG GLC 43
  • Executive Sedan – Mercedes-Benz C 200 AMG
  • Premium Executive Sedan – Mercedes-Benz AMG C 43
  • Limousine – Mercedes-Benz S 450 L AMG Line

Berikut adalah pemenang-pemenang kategori yang lain:

  • Entry Level – Perodua Myvi 1.5
  • Hot Hatch – Volkswagen Golf 2.0 GTI (Facelift)
  • Pickup Truck Twin Cab – Ford Ranger 2.2 Wildtrak
  • Midsize Crossover – Mazda CX-5 2.2 GLS Skyactiv-D 2WD
  • MPV (bawah RM200,000) – Kia Grand Carnival 2.2D SX
  • MPV (atas RM200,000) – Toyota Alphard 3.5
  • Entry Level SUV – Subaru XV 2.0i-P AWD
  • Midsize SUV – Mitsubishi Outlander 2.4 4WD
  • Midsize Premium SUV – Volvo XC60 T8 Inscription

Selain dari itu, terdapat juga anugerah bagi jenama PHEV (plug-in hybrid vehicle) paling laris yang telah dimenangi oleh BMW manakala jenama model hibrid paling laris jatuh kepada Honda. Model yang paling banyak dieksport merupakan Mazda CX-5.

Turut hadir untuk memeriahkan lagi acara anugerah Car of the Year 2018 adalah Perdana Menteri Malaysia, YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad yang telah diberi anugerah ‘COTY Lifetime Automotive Award’ bagi sumbangan dan usaha beliau kepada industri automotif negara.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply