Lewis Hamilton Terbabas Sewaktu Menunggangi Motosikal Superbike, Kirim Pesanan Buat Valentino Rossi

  • Juara bertahan dan pemegang takhta kejohanan Formula 1 lima kali, Lewis Hamilton, telah terbabas sewaktu menunggangi motosikal superbike di atas litar.
  • Dia telah ditemani oleh para penunggang bagi pasukan Yamaha WorldSBK, Alex Lowes dan Michael van der Mark.
  • Dia kemudiannya telah meluahkan rasa sayangnya terhadap motosikal dan membuat satu permintaan buat Valentino Rossi.

Lewis Hamilton telah terbabas sewaktu dia menunggang di atas litar. Dia kemudiannya telah memuat naik luahan rasa sayangnya terhadap jentera dua roda dan membuat satu permintaan bagi melawat ladang Valentino Rossi.

Juara bertahan dan pemegang takhta kejohanan Formula 1 sebanyak lima kali itu telah menunggang sewaktu satu hari litar istimewa di Jerez. Hamilton telah mengemudi sebuah motosikal Yamaha YZF-R1 yang telah disediakan khas, bersama dengan para penunggang bagi pasukan Yamaha WorldSBK, Alex Lowes dan Michael van der Mark. Acara ini telah dianjurkan oleh pasukan Pata Yamaha WorldSBK bersama dengan syarikat hari litar Britain, No Limits.

Bagaimana pun, Hamilton telah terlibat dalam satu kemalangan di Selekoh 5, namun, bernasib baik tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius.

Dia kemudiannya telah memuat naik beberapa buah pesanan dalam akaun Instagramnya pada keesokan hari, meluahkan rasa sayangnya terhadap perlumbaan motosikal. Namun, dia menekankan bahawa dia tiada rancangan untuk beralih ke perlumbaan dua roda.

“Rindu rasanya hendak menunggang lagi. Untuk pengetahuan anda, dari dahulu lagi saya amat menggemari dua roda, lebih daripada empat roda. Telah lama teringinkan sebuah motosikal sejak saya kecil lagi namun saya amat bersyukur yang ayah dapatkan saya sebuah kart. Namun, cinta baharu semasa saya adalah berada di atas litar mengemudi motosikal saya.”

“Saya menghormati dan mengkagumi para penunggang motosikal professional. Ianya sebuah disiplin yang berbeza tetapi ia memerlukan beberapa perkara asas yang sama seperti masa, keberanian, tumpuan, kelincahan, dan pengambilan risiko – ke semua perkara yang menjadikan sebarang sukan itu mengujakan.”

“Dan ya, saya ingin sekali berlumba motosikal. Tetapi, mereka ini berada di satu tahap lebih tinggi jadi saya rasa lebih baik saya nikmati penunggangan dan menguji had saya di atas litar.”

Hamilton mengakhiri posnya itu dengan pesanan ini: “Valentino Rossi, saya perlu melawat ladang anda dengan segera,” ujar Hamilton.

Pemandu kelahiran Britain bukannya satu nama yang asing dalam dunia motosikal. Dia merupakan duta bagi MV Agusta, yang telah mencipta model edisi khas F4 LH44 dan Brutale 800RR LH44 sebagai tanda penghormatan untuk Hamilton. Dia telah meluangkan masa dua hari menunggang atas litar perlumbaan di California bersama Cal Crutchlow. Dia turut pernah mengatakan akan menyertai MotoGP 2018, tetapi kemudiannya mengakui yang ianya adalah usikan hari ‘April Fool’.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]