Aprilia RS 660 Diintip Sedang Diuji

  • Motosikal lumba kelas pertengahan, Aprilia RS 660 telah diintip sedang menjalani ujian.
  • Sumber ada melaporkan ada melihat sebuah dalam kemasan untuk jalan raya dan sebuah lagi dalam kemasan perlumbaan.
  • Kami masih lagi menunggu sebarang khabar mengenai tarikh pelancaran dan juga harganya.

Masihkah anda ingat akan model Aprilia  RS 660 Concept yang menggiurkan sewaktu acara EICMA 2018? Gambar intipan yang menunjukkan motosikal ini sedang diuji telah mula tersebar di laman Facebook.

Di sini, terdapat dua buah motosikal yang telah dapat dilihat: satu dalam kemasan untuk jalan raya dan yang satu lagi pula dalam kemasan perlumbaan.

Ini apa yang kami ketahui setakat ini. Ianya dijana oleh enjin ‘parallel-Twin’ berasaskan pada model RSV4, tetapi, tanpa barisan silinder belakang. Kami ingin tahu bagaimana Aprilia mampu mencecah 660cc, memandangkan separuh daripada 1,078cc hanyalah lebih kurang 500cc sahaja…

Aprilia mendakwa yang motosikal ini mampu mencecah jumlah melebihi 100hp, menjadikan model RS 660 ini sebuah model ‘supertwin’. Pengeluar yang bertapak di Noale itu mensasarkan penghasilan sebuah motosikal ringan yang berprestasi tinggi. Ia sudah pasti berkelayakan bagi menyertai kategori ‘Lightweight TT’ dalam perlumbaan jalan raya Isle Of Man TT sekiranya enjinnya berada di bawah paras 650cc.

Kami harap yang Aprilia akan turut menyertakan pakej bantuan penunggang APRC mereka dalam motosikal ini.

Persoalan yang bermain di minda semua orang sudah pastilah harganya. Adakah ianya akan ditetapkan pada harga yang membolehkannya bersaing dengan model 600 dan 650 yang semasa? Tiada gunanya sekiranya model RS 660 ini ditetapkan pada harga sekitar RM70,000 hingga RM80,000. Walau bagaimana pun, Piaggio telah menunjukkan strategi penetapan harga mereka yang agresif dengan model Moto Guzzi V85 TT baru-baru ini. Harga berkenaan secara keseluruhannya jauh lebih rendah berbanding motosikal lain dalam kelas yang sama daripada ke semua pengeluar yang lain.

Satu lagi persoalan yang ada adalah bilakah motosikal RS 660 ini akan dilancarkan? Tahun 2020 adalah tarikh di mana piawaian emisi Euro5 akan mula berkuatkuasa, jadi, kemungkinannya ianya akan dilancarkan pada tahun berkenaan. Akhir sekali, adakah Aprilia akan menggunakan platform enjin ini untuk membina motosikal jenis yang lain?

Kita tunggu dan lihat sahaja.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.