Hyundai Santa Fe 2019 dilancarkan – anggaran dari RM188,000

Para pengunjung yang telah atau ingin hadiri Kuala Lumpur International Motor Show 2018 (KLIMS 2018) boleh melihat kenderaan SUV terkini dari Hyundai yang telah dilancarkan buat pertama kali di Malaysia iaitu Hyundai Santa Fe 2019.

Santa Fe baharu ini merupakan SUV premium Hyundai generasi ke-empat dan akan mula berada di pasaran mulai suku pertama tahun 2019. Menurut Hyundai-Sime Darby Motors Sdn Bhd, mereka akan menawar dua varian Santa Fe 2019 iaitu model Executive dan Premium.

Rupa luaran yang lebih moden bukan sahaja lebih menawan malah mempunyai prestasi aerodinamik yang lebih cekap berbanding dengan generasi Santa Fe sebelum ini. Reka bentuk ini juga memberi sebuah imej kenderaan SUV 7 tempat duduk yang mewah dan juga tahan lasak dalam pakej yang lebih besar dan selesa.

Bahagian dalaman juga telah dipertingkatkan lagi dengan penambahbaikan dari segi ergonomik pemandu dan penumpang untuk pengalaman memandu yang lebih menarik. Ini juga bermaksud semua penumpang di barisan kedua dan juga ketiga akan lebih selesa walaupun dalam perjalanan yang jauh.

Dari segi kuasa, dua varian Santa Fe 2019 akan mempunyai enjin yang berbeza iaitu Theta II 2.4 MPI petrol dengan 6-kelajuan automatik dan R2.2 VGT diesel dengan transmisi 8-kelajuan automatik (yang juga merupakan tawaran pertama dari Hyundai Malaysia di dalam negara).

Aspek keselamatan yang telah dipasangkan ke dalam generasi terkini Santa Fe ialah:

  • 6 beg udara
  • Vehicle Stability Management (VSM)
  • Hillstart Assist Control (HAC)
  • Downhilll Brake Control
  • (DBC)Electric Parking Brake (EPB)
  • Automatic Vehicle Hold

Hyundai Malaysia menjangka model Santa Fe 2019 akan dipasarkan di Malaysia dengan harga anggaran RM188,000 ke atas dan tempahan telah dibuka. Untuk maklumat lanjut, layari www.hyundai.com.my.

Hyundai IONIQ Mendapat Rating Keselamatan Asean NCAP 5-Bintang

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply