AIG Malaysia menang DUA anugerah insurans!

AIG Malaysia telah berjaya memenangi dua anugerah insurans permotoran di dalam acara anugerah Motordata Research Consortium (MRC) Industry, Motor Insurance Moving Forward yang telah diadakan baru –baru ini. Di dalam acara ini, AIG Malaysia telah dianugerahkan dengan dua anugerah berbeza iaitu The Fastest Estimate Claim Approval Time for Own Damage Claims 2017” dan “The Most Accurate Average Estimate to Approval Amount in 2017”.

Dari segi tuntutan insurans, AIG telah dipertimbangkan sebagai salah satu syarikat terpantas dan paling tepat dalam bahagian ini. Anugerah-anugerah telah diberi berdasarkan pada masa terpantas dan anggaran tuntutan yang paling tepat dalam insurans kenderaan. Secara keseluruhan, AIG Malaysia telah diiktirafkan dengan anugerah ini untuk kali ke-lima sejak tahun 2011 dan ini merupakan kali pertama ia berjaya dilakukan oleh mana-mana pihak insurans di dalam negara.

Menurut Antony Lee, CEO AIG Malaysia Insurance Berhad, “Kami berbesar hati dalam menetapkan penanda aras baru untuk pemprosesan tuntutan dan juga perkhidmatan kelas terbaik untuk pelanggan kami. AIG akan menyambut ulang tahun ke-100 bulan ini – satu peristiwa penting dan bukti sejarah dalam menjaga pelanggan AIG dan kami merancang untuk terus melakukan untuk 100 tahun akan datang.”

“Perkhidmatan tuntutan AIG Malaysia membentuk tulang belakang janji kami iaitu #AIGJagaYou yang bertujuan untuk melindungi semua rakyat Malaysia. AIG akan memanfaatkan segala kepakaran kami untuk merumuskan penyelesaian yang lebih relevan dan sesuai dengan keperluan dan gaya hidup para pelanggan kami,” tambah beliau.

Untuk maklumat lanjut, layari www.aig.my.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply