Jimat sehingga RM15,000 dengan Naza Kia Malaysia!

Naza Kia Malaysia akan menjalankan satu promosi menarik dengan kempen “Year End Surprise” dimana pelanggan boleh menikmati beberapa tawaran dan penjimatan sehingga RM15,000 dari 1 Disember – 31 Disember 2018!

Bagi mereka yang berjaya membuat tempahan dalam tempoh promosi, semua model di dalam senarai tawaran (Kia Sorento, Sportage, Optima, Cerato, Rio dan Picanto) akan menerima pakej tawaran setinggi waranti 5 tahun tanpa had batuan dan 5 tahun servis penyelengaraan percuma!

Bagi model Kia Cerato, penjimatan paling tinggi iaitu sebanyak RM15,000 didatangkan dengan insurans percuma bagi tahun pertama. Model Kia Optima juga mempunyai tawaran diskaun RM10,000 diikuti oleh:

  • Kia Sportage – diskaun RM6,000
  • Kia Rio – diskaun RM5,000
  • Kia Sorento – diskaun RM4,000
  • Kia Picanto – 2 tahun servis penyelengaraan percuma

Semua tawaran menarik ini boleh didapati sepanjang tempoh promosi iaitu 1 hingga 31 Disember 2018. Stok adalah terhad dan untuk mendapat maklumat lanjut, kunjungi mana-mana cawangan rasmi Naza Kia Malaysia atau layari www.kia.com/my.

Secara alternatif, anda juga boleh kunjungi Kuala Lumpur International Motor Show 2018 (KLIMS 2018) untuk melihat semua model terkini dari Naza Kia Malaysia yang sedang dipamerkan di MITEC Kuala Lumpur sehingga esok (2 Disember 2018).

Kia Picanto GT-Line 2019 diperkenalkan

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.