Go Auto-Higer Ace 2019 dilancarkan – Van 18 tempat duduk!


Go Automobile Manufacturing Sdn Bhd (GAM) telah melancarkan barisan van komersial pertama mereka iaitu Go Auto-Higer Ace 2019. Van komersial pertama keluaran mereka merangkumi beberapa varian berkapasiti 18 dan 15 tempat duduk!

Go Auto-Higer Ace telah direka bentuk khas dalam menawarkan sebuah van komersial berkapasiti tinggi yang selesa dan juga berkuasa tinggi dengan dua varian enjin berbeza iaitu 3 liter dan 2.5 liter jenis turbo-diesel. Model Higer Ace mampu menjana kuasa sebanyak 107hp pada 3,400rpk dan 300Nm tork maksimum serendah 2,000rpm.

Terdapat 2 jenis sistem transmisi iaitu 6-kelajuan (hanya untuk varian 3.0-liter) dan 5-kelajuan (3.0 dan 2.5 liter). Hanya pilihan manual sahaja yang ditawarkan untuk Higer Ace setakat ini.

Dari segi dimensi, van komersial pertama dari Go Auto adalah 5990mm panjang, 1880mm lebar dan 2285mm tinggi dengan pelepasan jalan setinggi 200mm. Reka bentuk ini bukan sahaja selesa untuk semua penumpang malah senang untuk dibawa pemandu walaupun dalam keadaan jalan yang tidak menentu.

Van komersial Go Auto-Higer Ace juga mempunyai ciri-ciri keselamatan seperti:

  • Anti-Lock Braking System (ABS)
  • Electronic Brakeforce Distribution (EBD)
  • Parking Sensor
  • Komponen tahan lasak yang biasanya digunakan untuk bas

GAM akan menawarkan model Higer Ace dalam beberapa varian pada harga tertera di bawah (harga atas jalan tanpa insurans):

  • 3.0L 6-kelajuan 18 tempat duduk (RM145,800), 15 tempat duduk (RM145,300)
  • 3.0L 5-kelajuan 18 tempat duduk (RM143,800), 15 tempat duduk (RM143,300)
  • 2.5L 5-kelajuan 18 tempat duduk (RM138,500), 15 tempat duduk (RM138,300)

Untuk maklumat lanjut, layari www.goautovan.my. Sesi pandu uji juga akan disediakan di semua cawangan rasmi Go Auto di seluruh negara.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply