Video Kemalangan Ngeri Perlu Dijadikan Pengajaran

  • Terdapat banyak video kemalangan ngeri yang ada di atas talian internet.
  • Daripada hanya menyaksikannya sebagai hiburan semata-mata, ada yang boleh kita pelajari daripadanya.
  • Cuba kenalpasti kesilapan mereka dan hindarinya.

Amaran: Ini adalah kompilasi video-video kemalangan dan kecederaan ngeri. Tetapi, ada yang boleh kita pelajari daripada video-video kemalangan ngeri ini.

Kompilasi ini dipenuhi dengan video para penunggang motosikal cuba melakukan aksi lagak ngeri dengan hasil yang menggerunkan. Bagaimana pun, terdapat juga klip-klip yang menunjukkan kesilapan klasik yang mungkin dilakukan oleh kita semua dalam penunggangan seharian.

Sebagai contoh, saksikan klip yang menunjukkan seorang penunggang supermoto tersasar jauh dan merempuh sisi sebuah kereta di haluan yang berlawanan. Inilah akibatnya apabila kita melakukan kesilapan penetapan sasaran dan kawalan stereng kurang efektif. Penunggang tersebut sepatutnya menetapkan pandangan sepanjang selekoh. Sekiranya selekoh yang dilalui itu tajam, dia masih perlu menetapkan haluan pada garisannya. Ingat pada falsafah ini: Lihat ke mana yang anda ingin tujui.

Terdapat satu lagi klip yang mana penunggangnya tidak syak lagi sedang mengelamun. Kereta di hadapannya telah pun memberi isyarat untuk memasuki simpang ke kanan dengan lebih awal tetapi penunggang tersebut masih menunggang di bahagian kanan kereta berkenaan.

Satu lagi klip yang kemudian menunjukkan rakan penunggang dan motosikalnya hampir-hampir memasuki gaung. Inilah akibatnya apabila penunggang memasuki selekoh terlalu awal dan terlalu laju. Penunggangnya sudah pasti menetapkan sasaran pada bahagian luar jalan raya dalam keadaan panik. Kemasukan selekoh yang lebih lambat pada kelajuan yang lebih rendah sudah pasti membolehkannya tiba di destinasinya dengan selamat.

Video kedua di atas menunjukkan sebuah kemalangan yang menjadi berita hangat di Taiwan. Penunggangnya terbabas ‘low side’, yang mana
menggelongsorkannya memasuki laluan motosikal yang sedang datang. Penyiasatan selepas itu mendapati penunggang pertama telah menggunakan tayar yang kurang berkualiti, di samping mengiring terlalu banyak, menyebabkan tayar belakangnya kehilangan cengkaman.

Klip yang berikutnya menunjukkan salah satu bahaya yang sering kali kita hadapi. Sebuah kereta keluar dari simpang dan penunggang motosikal tiada tempat untuk mengelaknya. Pengajaran di sini adalah kita perlu lebih berhati-hati di simpang dan jangan terlalu laju di sekitar persimpangan jalan raya.

Ada banyak lagi yang boleh kita pelajari di sini. Saksikanlah dan lihat sama ada anda boleh kenali kesilapan yang dilakukan dan pelajari daripadanya.

Ke semua video adalah hak milik Saluran YouTube DirtBike Lunatic

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.