Boon Siew Honda (BSH) baru sahaja mengumumkan pilhan warna baharu bagi dua model Big Bikes tawaran mereka untuk pasaran Malaysia iaitu Honda Rebel 500 dan juga Honda X-ADV. Menuju ke tahun 2019, Honda Rebel kini ditawarkan dengan dua warna baharu manakala terdapat satu lagu pilihan baharu untuk model Honda X-ADV.
Category: BERITA TEMPATAN
Berita dan ulasan pandu uji Kereta dari Malaysia, berita tempatan dan antarabangsa
Semakin hari, semakin banyak berita sedih yang kami dengar dan lihat di berita dan juga laman media sosial berkenaan pelbagai jenis kemalangan jalan raya. Volvo Trucks Malaysia dengan kolaborasi bersama Petronas Carigali di Kerteh telah mengambil initiatif dalam mengaturkan dua kempen keselamatan jalan raya. Hasrat mereka adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai risiko dan mewujudkan pemahaman…
Kami telah menunggang uji model Ducati Multistrada 950 2018 sewaktu Tunggangan Media anjuran Ducati Malaysia. Motosikal Multistrada 950 ini merupakan tawaran dalam segmen motosikal sport-tourer kelas pertengahan. Ianya sesuai buat pelbagai jenis penunggang.
Seperti yang telah dilaporkan oleh pihak kami pada bulan Oktober yang lepas, Ford Malaysia (Sime Darby Auto Connexion) bersama Ford Motor Company telah melancarkan Ford Ranger generasi baharu untuk pasaran Malaysia. Terdapat 8 varian berbeza bagi model XL, XLT dan Wildtrak dengan harga dari RM90,888 hingga RM144,888 dan kami telah diberi peluang untuk memandu uji…
Ducati Malaysia telah menganjurkan Tunggangan Media Ducati Multistrada 950 baru-baru ini. Tujuan konvoi ini adalah untuk menyerlahkan kebolehan jentera Ducati Multistrada 950. Di samping itu, tunggangan ini mempersembahkan sekilas pandang gaya hidup yang berkait rapat dengan motosikal ini buat warga media.
Naza Premira (Vespa Malaysia) dengan secara rasminya telah melancarkan model Ulang Tahun ke-50 Vespa Primavera. Model edisi khas ini telah dilancarkan bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-50 Vespa Primavera yang diadakan di The Curve, Mutiara Damansara. Model Vespa Primavera edisi khas ini telah ditetapkan pada harga asas RM16,300 (tidak termasuk insurans).
Hong Leong Yamaha Motor telah mengumumkan warna baharu bagi motosikal Yamaha X-Max 250 2018. Harga asasnya kekal pada RM21,225 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan). Penghantaran akan bermula pada bulan ini (Disember 2018).
Pindaan kepada Akta Pengangkutan Jalan membolehkan majlis perbandaran untuk melantik warden trafik mereka sendiri. Warden-warden ini boleh menguatkuasakan undang-undang trafik berbanding hanya mengeluarkan saman parkir. Pindaan ini juga bermakna agensi penguatkuasaan trafik hanya boleh mengeluarkan saman mahkamah dan bukan saman kompaun.
Dato’ Samson Anand George iaitu CEO Naza Automotive Group, Naza Corporation Holdings Sdn Bhd baru sahaja dianugerahkan dengan Ordre National du Mérite dari kerajaan Perancis atas usaha dan sumbangan beliau kepada negara Perancis menerusi industry automotif. Duta Perancis di Malaysia, Frédéric Laplanche, telah memberi anugerah tersebut kepada Dato Samson pagi tadi di majlis penganugerahan yang…