Warna Baharu Buat Model Yamaha X-Max 250 2018

 

  • Hong Leong Yamaha Motor telah mengumumkan warna baharu bagi motosikal Yamaha X-Max 250 2018.
  • Harga asasnya kekal pada RM21,225 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan).
  • Penghantaran akan bermula pada bulan ini (Disember 2018).

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah mengumumkan warna baharu bagi model Yamaha X-Max 250 2018.

Dua warna baharu tersebut diberi nama Matt Blue dan Matt Red. Harga asasnya masih kekal pada RM21,225.00 (harga tidak termasuk insurans dan cukai jalan). Ianya akan mula disediakan bermula pada bulan ini (Disember 2018).

Skuter maxi X-Max ini adalah tawaran Yamaha dalam segmen skuter mewah. Ia dilengkapi dengan teknologi “Yamaha Blue Core”, ABS, TCS (sistem kawalan cengkaman), serta lampu posisi dan belakang LED. (Sila baca ulasan penuh kami di sini).

Ia juga memiliki ruang simpanan yang besar di bawah pelana yang mampu memuatkan sebuah beg galas dengan laptop 15 inci dan helmet full-face. Dua ‘cubby hole’ di bahagian hadapan penunggang menambah lagi ruangan simpanan yang ada.

Enjinnya mampu menjana 22.8hp (16.8kW) dan cukup berkuasa bermula dari bawah hinggalah ke kelajuan kemuncaknya yang lebih sedikit daripada 140km/j. Dan ia juga amat menjimatkan. Kami berjaya mencecah jarak sejauh 324km pdengan hanya 11 liter. Dan ingin kami ingatkan, kami menguji X-Max ini pada rentak yang mencabar hampir setiap masa.

Bagaimana pun, apa yang menyebabkan kami cukup gemar akan skuter ini adalah suspensinya. Tidak seperti skuter lain, roda hadapannya tidak terasa tidak stabil sewaktu kami menggesa skuter ini di selekoh. Ia kekal stabil walaupun ketika kami meluru masuk selekoh pada kelajuan melebihi 130km/j.

Pelananya juga tidak syak lagi cukup selesa tanpa sebarang bucu tajam. Satu-satunya rungutan yaan kami ada mengenai pelana ini adalah ianya memaksa kaki penunggang untuk dikangkang luas, membuatkan motosikal ini tampak jauh lebih tinggi daripada hakikatnya.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.