Majlis Tempatan (Dewan Bandaraya) Dibenarkan Untuk Menguatkuasa Undang-Undang Trafik

Sumber gambar: zaharibb.com
  • Pindaan kepada Akta Pengangkutan Jalan membolehkan majlis perbandaran untuk melantik warden trafik mereka sendiri.
  • Warden-warden ini boleh menguatkuasakan undang-undang trafik berbanding hanya mengeluarkan saman parkir.
  • Pindaan ini juga bermakna agensi penguatkuasaan trafik hanya boleh mengeluarkan saman mahkamah dan bukan saman kompaun.

Kita sering kali melihat pengguna jalan raya menginkari undang-undang trafik di hadapan pegawai penguatkuasa Dewan Bandaraya, tetapi pegawai tersebut tidak dapat melakukan apa-apa. Perkara ini tidak akan berulang lagi apabila pindaan Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan 2018 dikuatkuasa.

Warden Trafik Tempatan

Dewan Rakyat telah meluluskan pindaan kepada Seksyen 3(4B) Akta Pengangkutan Jalan pada 11 Disember. Mengikut sekyen ini, majlis tempatan (Dewan Bandaraya dan Majlis Perbandaran) kini boleh melantik warden trafik mereka sendiri. Warden-warden ini dibenarkan untuk menguatkuasa undang-undang jalan raya, sebagai contoh, terhadap penunggang motosikal yang melanggar lampu isyarat merah. Ini satu berita yang baik memandangkan pihak polis memerlukan bantuan dalam menguatkuasakan undang-undang ini.

Bagaimana pun, sebuah sekatan telah ditambah bagi pindaan kepada seksyen 4 akta berkenaan. Ia menerangkan bahawa warden trafik majlis perbandaran hanya boleh menguatkuasa undang-undang di dalam kawasan bawah bidang kuasa mereka. Ini bermakna warden Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak boleh mengambil tindakan ke atas kesalahan di Shah Alam.

Jadi, berhentilah di lampu trafik dan parkirlah di ruangan yang disediakan.

Saman Mahkamah Berbanding Saman kompaun

Satu pindaan pada Seksyen 120 Akta Pengangkutan Jalan menyatakan mana-mana agensi penguatkuasaan trafik tidak lagi boleh mengeluarkan saman kompaun. Saman kompaun bermakna anda boleh membayarnya mengikut kesenangan anda. Bagaimana pun, saman mahkamah bermakna anda perlu menghadiri diri di mahkamah dan berhadapan dengan majistret.

Agensi penguatkuasaan perlu mendapatkan kebenaran bertulis Peguam Negara sebelum mengeluarkan saman berkenaan.

Kegagalan untuk hadir di mahkamah akan mengakibatkan waran tangkap dikeluarkan.

Ini adalah satu perkara yang serius, jadi, beringatlah. Ia mungkin kedengaran agak melampau, tetapi ianya barang kali satu langkah yang lebih berkesan untuk mencegah pengguna jalan raya yang tidak bertanggungjawab.

Sumber: asklegal.my

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply