CEO Naza Automotive Group diberi Anugerah Perancis!

Dato’ Samson Anand George iaitu CEO Naza Automotive Group, Naza Corporation Holdings Sdn Bhd baru sahaja dianugerahkan dengan Ordre National du Mérite dari kerajaan Perancis atas usaha dan sumbangan beliau kepada negara Perancis menerusi industry automotif. Duta Perancis di Malaysia, Frédéric Laplanche, telah memberi anugerah tersebut kepada Dato Samson pagi tadi di majlis penganugerahan yang telah diadakan di kedutaan Perancis yang terletak di Kuala Lumpur.

Perintah Perancis yang ditubuhkan oleh Napoléon Bonaparte pada tahun 1802 dan dipulihkan semula melalui keputusan Presiden Charles de Gaulle pada tahun 1963, l’Ordre National du Mérite (National Order of Merit) dianugerahkan oleh Presiden Perancis yang bertujuan untuk memberi penghormatan kepada individu atas pencapaian sivil atau ketenteraan mereka.

Menurut Dato’ Samson, “Saya benar-benar terharu dan rasa terhormat untuk menerima pengiktirafan oleh kerajaan Republik Perancis. Persatuan kami dengan Perancis bermula dengan projek Peugeot 206 CKD pada tahun 2006 dan perkongsian ini telah memuncak dalam usaha sama kedua-dua NAZA Group dan Groupe PSA yang telah membuat perjanjian untuk menjadikan Naza Automotive Manufacturing (NAM) di Gurun, Kedah sebagai hub pengilangan ASEAN.”

“Kami berharap agar dapat meningkatkan peluang perniagaan dan kerjasama yang lebih baik dengan syarikat-syarikat Perancis dalam industri automotif,” tambah beliau. Tahniah kepada Dato’ Samson Anand George dan semua di Naza Automotive Group!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.