Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke berkeras tidak akan memberikan diskaun bagi saman JPJ. Langkah ini adalah bagi memberi pengajaran kepada para pengguna jalan raya dan memastikan para pesalah tidak terlepas dengan hukuman yang ringan. Dia juga telah berbincang dengan pihak berkuasa tempatan dan menggesa mereka untuk tidak memberikan diskaun untuk kesalahan trafik.
Category: BERITA TEMPATAN
Berita dan ulasan pandu uji Kereta dari Malaysia, berita tempatan dan antarabangsa
Didi Resources Sdn Bhd (Aprilia Official Malaysia) telah melancarkan tawaran terkini mereka untuk pasaran Malaysia iaitu Aprilia Shiver 900 2019. Ini merupakan model baharu pertama yang dilancarkan oleh mereka setelah mengambil alih tugasan menjaga jenama Itali premium ini di dalam negara bertempat di The Gasket Alley, Petaling Jaya.
Boon Siew Honda ingin menjadi jenama paling laris di Malaysia bagi tahun 2019. BSH telah menjual hampir 156,000 buah motosikal pada tahun 2018. Dengan itu, mereka telah memegang 30% saham pasaran.
Pasukan PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team telah dilancarkan hari ini. Ianya merupakan pasukan MotoGP pertama dari Malaysia dan juga bagi rantau Asia Tenggara. Penunggang pasukan ini terdiri daripada Franco Morbidelli dan Fabio Quartararo. PETRONAS akan menampilkan sebuah pasukan dalam kejohanan Moto3, Moto2, dan MotoGP bagi musim 2019. Pasukan MotoGP berkenaan akan dikenali secara rasminya dengan…
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) telah melancarkan Mitsubishi Triton 2019 awal pagi tadi. Generasi terkini trak pikap dari Mitsubishi akan dipasarkan di dalam negara dengan pilihan lima varian berbeza mulai RM100,200 ke RM135,200 (harga atas jalan tanpa insurans).
BMW Group Malaysia telah mengorak langkah baru bagi permulaan tahun 2019 dengan melancarkan enam Fasiliti Pengecasan BMW i di Bangsar Shopping Centre. Sebagai salah satu peneraju di dalam arena e-mobiliti di Malaysia, ini merupakan satu langkah menarik dalam Visi Mobiliti BMW Group Malaysia di dalam negara.
Inginkan trak pikap atau ‘monster truck’ paling mantap di Malaysia? Anda boleh ke Hamawangsa Automall, Taman Tun Dr Ismail dimana mereka telah melancarkan Sutton CS3500 boleh didapati dengan segera dan dipasang lengkap di Malaysia.
Setiap tahun sewaktu musim perayaan seperti Tahun Baru Cina, kesesakan lalu lintas merupakan perkara biasa bagi mereka yang ingin pulang ke kampung halaman untuk bersama ahli keluarga yang tersayang. Bagi yang bernasib baik dalam mendapat cuti awal dan lama, waktu untuk berada di jalan raya boleh diawalkan dan dilambatkan untuk mengelak terus segala kesesakan tersebut….
JPJ telah menyenarai hitam dan mengeluarkan waran tangkap untuk 39,311 pengguna jalan raya yang tidak melunaskan saman AWAS mereka. 98,850 saman telah dikeluarkan sejak pemasangan 45 kamera AWAS pada bulan September 2018. Pesalah trafik mempunyai 60 hari untuk melunaskan saman mereka atau mereka akan diheret ke mahkamah.