ULASAN CALIFORNIA SUPERBIKE SCHOOL MALAYSIA 2019 Setiap kali kami ke BHP Karak setiap minggu, jelas ternyata terdapat semakin rakyat Malaysia yang telah terjebak dengan dunia motosikal berkuasa tinggi. Pelbagai jenis dari pengeluar motosikal serata dunia dapat dilihat melayan ‘corner’ di Bukit Tinggi, Genting, Cameron dan banyak lagi.
Category: BERITA TEMPATAN
Berita dan ulasan pandu uji Kereta dari Malaysia, berita tempatan dan antarabangsa
Sebuah motosikal jenis Yamaha 125ZR telah dilarikan dua pencuri berbangsa Melayu di sebuah pangsapuri di Johor Bahru, beberapa hari yang lalu. Berdasarkan rakaman CCTV yang dimuat naik ke laman Facebook Info Roadblock JPJ/Polis mendapati kedua-dua suspek bertindak memecahkan kunci motosikal sebelum menghidupkan suis lalu melarikan jentera terbabit. Berikut adalah maklumat mengenai motosikal terbabit: No. pendaftaran:…
Honda Malaysia akhirnya melancarkan CR-V Mugen Edisi Terhad sejak kali pertama ditayangkan pada Kuala Lumpur International Motor Show 2018 (KLIMS 2018) dengan hanya 300 unit dihasilkan. CR-V Mugen Edisi Terhad hanya didapati bagi model 1.5 Turbocharged 2WD. Mugen – yang bererti ‘tanpa sempadan – sememangnya memiliki daya penarik tersendiri dikalangan peminat Honda ekoran kemampuannya untuk…
Mungkin ramai yang menantikan kereta terbang tatkala tahun 2020 semakin menghampiri tidak kurang beberapa bulan sahaja lagi bagaimanapun bagi peminat Ducati di Malaysia apa yang dinantikan adalah model edisi terhad yang bakal masuk pasaran negara pada tahun sama. Pengedar rasmi Ducati, Next Bike Sdn Bhd, mengumumkan bahawa Ducati Panigale V4 25th Anniversario 916 edisi terhad…
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyatakan bahawa pengguna jalan raya yang didapati membuang sampah dari dalam kereta kini boleh berdepan dendan RM300! Denda tersebut mengikut Peraturan 52 Peraturan Lalu Lintas 1959. Menurut perkongsian di laman Facebook PDRM, membuang sampah dari dalam kereta bukan sahaja boleh mencemarkan alam sekitar malah boleh mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya…
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman memaklumkan bahawa pemandu Singapura memiliki paling banyak saman tertunggak berbanding pemandu daripada negara jiran lain. Menurut pengarah JSPT, Datuk Azisman Alias, di antara 2014 hingga 2018 ,sebanyak 136,601 saman tertunggak dan 2,131 waran tangkap telah dikeluarkan untuk pemandu Singapura sementara Brunei kedua dengan 40,101 saman tertunggak diikuti…
Bermaz Auto Berhad melancarkan Mazda 3 2019 serba baharu di One Utama, hari ini. Mazda menyifatkan model ini menandakan era baharu jenama itu dalam menghasilkan kereta yang benar-benar direka untuk anda. Rekaan Mazda 3 mendapat suntikan Kodo ‘Soul Of Motion’ sekaligus menjadikan model ini lebih sporty dan mengujakan berbanding sebelum ini. Mazda 3 didatangkan dengan tiga…
Malaysia merekodkan 281,527 kemalangan bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini menurut Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman. Angka tersebut sekaligus menandakan peningkatan sebanyak 2.5 peratus berbanding tahun lalu – 274, 556. Selangor muncul sebagai negeri penyumbang tertinggi kes kemalangan dengan 83,607 diikuti Johor 41,161 dan Kuala Lumpur dengan 36,288. Menurut Pengarah JSPT…
Menteri Pembangunan Usahawan, Redzuan Yusof berkata Bahrain telah meluahkan minat untuk mengimport Proton X70. Perkara itu disampaikan kepadanya ketika dia berkunjung ke negara tersebut dan telah pun menyampaikan hasrat Bahrain kepada PROTON. Sementara itu, PROTON sebelum ini telah pun mendedahkan bahawa dua negara jiran, Thailand dan Indonesia bakal menjadi destinasi eksport sulung bagi Proton X70….