Polis Buru Suspek Rambut Perang Curi Yamaha 125ZR

Sebuah motosikal jenis Yamaha 125ZR telah dilarikan dua pencuri berbangsa Melayu di sebuah pangsapuri di Johor Bahru, beberapa hari yang lalu.

Berdasarkan rakaman CCTV yang dimuat naik ke laman Facebook Info Roadblock JPJ/Polis mendapati kedua-dua suspek bertindak memecahkan kunci motosikal sebelum menghidupkan suis lalu melarikan jentera terbabit.

Berikut adalah maklumat mengenai motosikal terbabit:

  • No. pendaftaran: JRN2897
  • Model: Yamaha 125ZR

Pemilik motosikal tersebut dianggarkan mengalami kerugian sehingga RM9,000.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan kedua-dua suspek berdepan hujuman penjara 1 hingga 7 tahun dan denda.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta untuk menghubungi talian Hotline IPD Johor Bahru di 07-2218999 atau Pegawai Penyiasat Sjn Muhammad Shahril Bin Md Samril di talian hp:016-3174900.

Saksikan rakaman CCTV di bawah:

(SUMBER: Facebook Info Roadblock JPJ/Polis)

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply