RM300 Menanti Pemandu Yang Gemar Buang Sampah Dari Kenderaan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyatakan bahawa pengguna jalan raya yang didapati membuang sampah dari dalam kereta kini boleh berdepan dendan RM300!

Denda tersebut mengikut Peraturan 52 Peraturan Lalu Lintas 1959.

Menurut perkongsian di laman Facebook PDRM, membuang sampah dari dalam kereta bukan sahaja boleh mencemarkan alam sekitar malah boleh mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya lain.

PDRM turut menggesa orang ramai agar berhenti sementara di tong sampah berdekatan untuk membuang sampah dan bukannya dengan membaling keluar ketika memandu.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply