Ducati Panigale V4 25 Anniversario 916 Bakal Tiba Di Malaysia Awal 2020

Mungkin ramai yang menantikan kereta terbang tatkala tahun 2020 semakin menghampiri tidak kurang beberapa bulan sahaja lagi bagaimanapun bagi peminat Ducati di Malaysia apa yang dinantikan adalah model edisi terhad yang bakal masuk pasaran negara pada tahun sama.

Pengedar rasmi Ducati, Next Bike Sdn Bhd, mengumumkan bahawa Ducati Panigale V4 25th Anniversario 916 edisi terhad akan tiba di Malaysia awal tahun depan.

Ketika dilancarkan di Pebbel Beach, California, minggu lalu, rata-rata peminat motosikal seluruh dunia dan pengikut Ducati tergamam dengan rupa keseluruhan Ducati Panigale V4 25th Anniversario 916 yang turut disaksikan juara dunia empat kali World Superbike Championship dengan Ducati pada 1990, Carl Fogarty.

Sebagai penghargaan kepada ulangtahun ke-25 Ducati 916, hanya 500 unit Ducati Panigale V4 25th Anniversario dihasilkan yang didatangkan dengan rekaan dan warna original dan beberapa komponen eksklusif.

Ducati turut mengambil selangkah kedepan dalam menghargai 916 di Laguna Seca minggu lalu apabila pelumba WorldSBK, Alvaro Bautista dan Chaz Davies beraksi dengan jentera yang dilengkapi rekaan grafik khas menyamai Ducati Panigale V4 25th Anniversario 916.

Ducati 916 merupakan definisi sebenar motosikal Itali dan menjadi petanda aras dalam menggerakkan arus perubahan terhadap reka bentuk jentera dua roda

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.