Pemandu Singapura Paling Banyak Saman Tertunggak Di Malaysia

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman memaklumkan bahawa pemandu Singapura memiliki paling banyak saman tertunggak berbanding pemandu daripada negara jiran lain.

Menurut pengarah JSPT, Datuk Azisman Alias, di antara 2014 hingga 2018 ,sebanyak 136,601 saman tertunggak dan 2,131 waran tangkap telah dikeluarkan untuk pemandu Singapura sementara Brunei kedua dengan 40,101 saman tertunggak diikuti Thailand, 21,651.

Sementara itu, JSPT Bukti Aman baru-baru ini telah melancarkan operasi khas bagi menangani saman tertunggak di Kedah, Perlis dan Perak.

Hasilnya, sebanyak 1,649 saman telah diselesaikan dengan RM291,190 kompaun berjaya dikutip pihak JSPT.

Datuk Azisman berharap lebih ramai lagi saman tertunggak ini dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

(SUMBER: The Star)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.