Pelanggan Bertuah Bawa Pulang BMW Z4 Serba Baharu!

Siapa sangka, hadiah persaraan dari anak perempuan sendiri yang berupa sebuah BMW X1 yang dibeli di Quill Automobiles membawa tuah, apabila dia muncul pememang Hadiah Utama peraduan X Marks The Future Contest. Dianjurkan oleh Quill Automobiles sebagai inisiatif dalam meraikan roadster klasik terbabit, lebih 3,000 penyertaan telah pun diterima dalam tempoh 6 bulan sejak dilancarkan…

Desmo Cup 2020: 30 Pemilik Ducati Rebut Status ‘Raja Desmo’ Malaysia

Desmo Owners Club Malaysia (DOCM) dengan kerjasama Malaysia Speed Festival (MSF) melancarkan Desmo Cup 2020 yang akan berlangsung dari Mac hingga November tahun ini. Memasuki musim kedua, Desmo Cup 2020 akan menyaksikan hampir 30 pemilik Ducati di Malaysia berentap di dalam tiga kategori; Superbike, Super Sports dan Super Naked. Desmo Cup sentiasa mencuri tumpuan tatkala…

Ops Mabuk Berkuatkuasa, Buru Pemandu Mabuk Seluruh Negeri

Bagi yang mungkin menyedari terdapat lambakan sekatan jalan dijalankan disekitar ibu kota ketika ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan Ops Mabuk bagi menangani masalah pemandu mabuk. Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Azisman Alias mendedahkan bahawa operasi sekatan jalan Ops Mabuk sedang dijalankan seluruh negara setiap hari. Menurut laporan Malay Mail,…

NAP2020: Dua Kereta Dan Satu Motosikal Nasional Bakal Dibangunkan

Demikian pengumuman dibuat Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika berucap di pelancaran Dasar Automotif Nasional (NAP) 2020, hari ini. Menurutnya, projek tersebut akan memfokuskan terhadap penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan menyerapkan penggunaan teknologi terkini bagi menyaingi pasaran kompetitif di dalam dan luar negara. Projek Kereta Nasional itu dijangka menyuntik pembangunan ekonomi negara dengan…

Modenas Perkenalkan Ninja 250 SE ABS Versi ‘Made In Malaysia’

Selepas Modenas mendedahkan bakal melakukan penjenamaan semula terhadap beberapa model Kawasaki baru-baru ini, pengeluar motosikal nasional itu hari ini mendedahkan model pertama menerusi Ninja 250 SE ABS ketika pelancaran Dasar Automotif Nasional 2020. Didatangkan dengan pilihan warna serba hitam dan beberapa lencana Modenas yang boleh kelihatan, jelas ini merupakan antara model yang akan dipasarkan ke…

Uncle Sam Teruja Dapat Honda ADV 150 Pada 2021, Bila Giliran Malaysia?

Peminat motosikal di Amerika Syarikat dikurniakan berita baik apabila bakal menerima Honda ADV 150 pada 2021. Berita tersebut disahkan sendiri RideApart yang mendedahkan negara Uncle Sam itu akan menerima model mencuri perhatian itu. Honda ADV 150 membuat penampilan sulung ketika di Gaikinda Indonesia International Auto Show 2019, dan sejak itu seluruh dunia terutamanya di Asia…

425 Unit Toyota Corolla Altis Bakal Jadi Kereta Peronda Baharu PDRM!

Portfolio kereta kontinjen Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan diperkembang dalam bentuk Toyota Corolla Altis yang akan bertindak selaku kereta peronda. Go Auto Sales Sdn Bhd telah mempamerkan unit prototaip kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu acara khas yang berlangsung di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya, hari ini. Go Auto bakal membekalkan lebih 425…

M7 Racing Perlu Bayar Tunggakan RM3.32 Juta kepada SIC

Keputusan yang dibuat Mahkamah Tinggi Johor Bahru telah memihak kepada Sepang International Circuit (SIC) berhubung kes penajaan oleh M7 Racing Sdn Bhd (M7). Keputusan itu menyaksikan M7 Racing – anak syarikat milik Mutiara Motors Group of Companies – harus menyelesaikan tunggakan tajaan pasukan Moto3 sebanyak RM3.32 Juta kepada SIC. Sementara itu, SIC dalam satu kenyataan…

YZF-R25 Kini Ditawarkan Dengan Dua Warna Baharu Bagi 2020

Hong Leong Yamaha Malaysia (HLYM) menawarkan dua warna baharu bagi motosikal 250cc paling popular di Malaysia, YZF-R25. Bagi menawarkan pengalaman tunggangan yang lebih baik, dua warna tersebut adalah Matte Silver dan Matte Blue. Masih mengekalkan enjin parallel-Twin, DOHC, sejukan cecair, 250cc yang sama, model ini didatangkan dengan pelbagai ciri menarik antaranya: Fork terbalik untuk pengendalian…