Desmo Cup 2020: 30 Pemilik Ducati Rebut Status ‘Raja Desmo’ Malaysia

Desmo Owners Club Malaysia (DOCM) dengan kerjasama Malaysia Speed Festival (MSF) melancarkan Desmo Cup 2020 yang akan berlangsung dari Mac hingga November tahun ini.

Memasuki musim kedua, Desmo Cup 2020 akan menyaksikan hampir 30 pemilik Ducati di Malaysia berentap di dalam tiga kategori; Superbike, Super Sports dan Super Naked.

Desmo Cup sentiasa mencuri tumpuan tatkala satu-satunya kejuaraan tempatan yang menawarkan peluang menyaksikan bukan sekadar model Panigale malah Multistrada, Hypermotard, Monster dan Streetfighter berlumba!

Dalam perkembangan sama, penganjuran Desmo Cup kali ini menyaksikan pertubuhan Desmo Racing, yang kini bertanggungjawab dalam memastikan kelancaran perlumbaan tersebut.

Selain daripada MSF, Desmo Cup 2020 juga menerima sokongan daripada GIVI, Welly World Cycle dan Country Heights.

DOCM merupakaan kelab pemilik Ducati yang komited dalam menawarkan ahlinya pengalaman Ducati terbaik menerusi pelbagai acara – antaranya Desmo Cup.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply