Susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan pada 18 Mac lalu, kadar kemalangan jalan raya turun lebih 50 peratus. Perkara itu disahkan sendiri Pengarah, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Azisman Alias. Menurut laporan Harian Metro, sebanyak 612 kes direkodkan pada hari ketiga PKP berbanding 1,500 kes – yang merupakan jumlah purata dalam…
Category: BERITA TEMPATAN
Berita dan ulasan pandu uji Kereta dari Malaysia, berita tempatan dan antarabangsa
Selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula Rabu, masih terdapat orang awam yang mengabaikan arahan tersebut. Terdapat beberapa perkongsian video yang dimuat naik di media sosial yang memaparkan terdapat orang awam termasuk peniaga yang tidak mengendahkan arahan. Meskipun seramai 8,600 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah pun dikerahkan sepertimana…
Bermula tengah malam ini, harga RON95 kini hanya RM1.44 seliter, sekaligus menandakan penurunan 20.9 peratus berbanding minggu lepas. Sementara itu, harga RON97 turut merekodkan penuruan mendadak dengan RM1.74 seliter berbanding RM2.10 minggu lalu. Ini merupakan kali pertama RON95 turun bawah RM1.50 sejak 2004 – yang ketika itu masih lagi RON92 – yang mencatatkan RM1.42 seliter….
Pada bulan Februari lalu, peminat go-kart menerima berita sedih apabila tapak go-kart Batu 3 menerima arahan penutupan daripada pemilik tanah terbabit. Bagaimanapun, orang ramai kini boleh kembali senyum tatkala tapak go-kart tersebut kini dibuka semula namun dengan pengurusan baharu, Aylezo Speedzone. Selain daripada pengurusan baharu, Aylezo Speedzone turut menawarkan beberapa ciri baharu selain dari go-kart…
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengerahkan lebih 8,600 anggota seluruh negara dalam usaha memastikan rakyat Malaysia mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dikuatkuasakan. Perintah Kawalan Pergerakan telah pun diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19. Setakat ini, hanya 60 peratus orang awam yang mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan tersebut. Bagi…
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuat keputusan untuk menutup semua perkhidmatan kaunter JPJ seluruh negara dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19. Menurut info dikongsikan JPJ, seluruh pusat kaunter akan ditutup bermula 20 Mac sehingga ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Notis penutupan ini juga selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin…
Baru-baru ini, BMW Motorrad Malaysia memperkenalkan dua model baharu bagi tahun 2020, BMW F 900 R dan F 900 XR dan untuk membuat tinjauan dengan lebih dekat kami bergegas terus ke Auto Bavaria Ara Damansara. Membuat penampilan sulung ketika di EICMA 2019 dan diberi jolokan The Twin, kedua-dua jentera bernadikan enjin 900cc ini menawarkan dua…
Sejak Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuatkuasa hari ini hingga 31 Mac 2020, ramai pihak yang membuat keputusan untuk menghentikan operasi. Tindakan itu selaras dengan usaha kerajaan dalam membendung penularan wabak Covid-19 yang kini melanda negara. Arahan tersebut bagaimanapun mencetuskan kekeliruan tatkala rata-rata tidak pernah mengalamai situasi seperti ini…
Sebagai mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan, UMW Toyota mengumumkan bahawa setiap pengedar rasmi Toyota telah menghentikan operasi bermula hari ini hingga 31 Mac 2020. Keputusan itu dibuat bagi menghormati usaha kerajaan dalam membendung penularan wabak Covid-19. Bagaimanapun, para pelanggan masih lagi boleh menghubungi pusat pengedar seperti biasa untuk pertanyaan. Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yasin,…