Tinjauan Dekat Anak Kembar Tak Seiras BMW Motorrad

Advertisements

Baru-baru ini, BMW Motorrad Malaysia memperkenalkan dua model baharu bagi tahun 2020, BMW F 900 R dan F 900 XR dan untuk membuat tinjauan dengan lebih dekat kami bergegas terus ke Auto Bavaria Ara Damansara.

Membuat penampilan sulung ketika di EICMA 2019 dan diberi jolokan The Twin, kedua-dua jentera bernadikan enjin 900cc ini menawarkan dua pengalaman tunggangan berbeza namun selesa.

BMW F 900 R merupakan jentera dengan pengayaan Sport yang menawarkan tunggangan lebih sporty.

BMW F 900 R

Bagaimanapun, bagi peminat sport touring, F 900 XR merupakan jentera idaman bagi penunggang yang gemarkan tunggangan jarak jauh.

Bagi memastikan keselesaan, F 900 XR dilengkapi dengan penghadang angin yang tinggi sekaligus menonjolkan lagi rupa motosikal pengembaraan.

F 900 R didatangkan dengan tangki 13 liter sementara F 900 XR mampu pergi lebih jauh dengan tangki 15.5 liter.

BMW F 900 XR

Kerangka belakang kedua-dua jentera turut dikemaskini dengan penggunaan bahan keluli sekaligus tampak lebih tirus dan kompak.

BMW F 900 XR

BMW F 900 R dan F 900 XR dilengkapi enjin 900cc yang menjana 105hp pada 8,750rpm dan 92Nm pada 6,500rpm namun menariknya, kedua-duanya menghasilan tork tinggi sekitar 87Nm pada rpm rendah – sekitar 4,500 hingga 8,500rpm.

Antara ciri lain ditawarkan:

  • dua mod tunggangan – Rain dan Road
  • Automatic Stability Control (ASC)
  • Dynamic Traction Control (DTC)
  • ABS-Pro
  • Dynamic Brake Control (DBC)
  • Drag Torque Control (MSR)
  • Sistem infotainmen turut dipertingkat dengan paparan 6.5′ berwarna TFT yang boleh dilaras menerusi
  • kawalan BMW Motorrad Multi-Controller.

Bagi yang berminat untuk memetik bunga di taman, kunjungi Auto Bavaria Ara Damansara untuk menyaksikan kedua-dua jentera yang ditawarkan pada harga RM62,500 (F 900 R) dan RM69,500 (F 900 XR).

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.