Tempahan Toyota Innova 2021 Dibuka – Dari RM111,622

UMW Toyota Motor Sdn Bhd telah membuka tempahan bagi Toyota Innova 2021 dengan pelbagai kemas kini dan ciri keselamatan baharu ditawarkan. Tiga varian berikut ditawarkan: Toyota Innova 2.0X – RM129,677 Toyota Innova 2.0G – RM121,483 Toyota Innova 2.0E – RM111,622 Kekal dengan elemen ‘crossover’, model 2021 ini datang dengan rekaan depan baharu yang tampil lebih…

‘Super Moped’ Benelli RFS 2021 Hampiri Pelancaran, Enjin Lebih Besar?

Benelli telah berkongsi imej ‘teaser’ yang memaparkan apa yang kelihatan seperti lampu hadapan sebuah motosikal moped untuk pasaran tempatan. Bagaimanapun, terdapat dakwaan Benelli akan menaik taraf RFS150i kepada enjin yang lebih besar, 180cc sekaligus akan dinamakan sebagai RFS180i. Berdasarkan perkongsian itu, Benelli akan melancarkan motosikal tersebut pada Suku Pertama tahun ini. Jika diikutkan, Benelli akan…

Warga Emas Maut Kemalangan Motosikal Selepas Terlanggar Lubang

Seorang warga emas maut selepas terjatuh dari motosikal ekoran terlanggar lubang di Jalan Tengah menuju ke Jalan Syed Putra, semalam. Mangsa, Ho Yan Fee, 75 tahun sedang menunggang motosikalnya dari arah Jalan Connaught menghala ke Mid Valley. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya mendedahkan mangsa terbabas selepas terlanggar…

Proton Jual 109,716 Unit Kereta Pada 2020, Saga Dan Persona Paling Popular!

Proton berjaya mengatasi penjualan pada 2019 dengan lebih 109,716 unit direkodkan bagi tahun 2020. Angka itu menyaksikan Proton mencatat peningkatan jualan lebih 8 peratus (daripada 100,821 unit terjual pada 2019) meskipun pengeluaran kenderaan dihentikan selama dua bulan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Model yang menggerakkan penjualan bagi tahun 2020 adalah Persona, Iriz, Exora dan Saga…

Gagal Pasang Brek, Lampu Dan Loceng, Penunggang Basikal Di Putrajaya Bakal Dikenakan Tindakan

Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya akan mula mengenakan tindakan undang-undang terhadap penunggang basikal yang gagal mematuhi peraturan jalan raya di sekitar Putrajaya, bermula 9 Januari ini. Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali dalam satu kenyataan mendedahkan tindakan tersebut akan diambil pasukannya mengikut peruntukan Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959. Menurut Mohd Fadzil, basikal…

LPT 1 Dinaiki Air Sedalam Dua Kaki, Pengguna Jalan Raya Diminta Tangguh Perjalanan

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan bahawa laluan antara persimpangan Sri Jaya hingga Persimpangan Gambang ditutup susulan dinaiki air sedalam dua kaki. 9.18am LPT1@E8 : Kejadian limpahan air di Km 198 arah Timur dan Barat, Gambang ke Sri Jaya. Kesemua lorong kecemasan,… Posted by Lembaga Lebuhraya Malaysia on Saturday, 2 January 2021 Perkara itu disahkan sendiri ANIH…

JPJ Mula Kaji Usul Hadkan Motosikal Bawah 70cc Bagi Penunggang 16 Hingga 20 Tahun

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang mengkaji usul oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkenaan dengan kategori lesen baharu bagi penunggang motosikal berusia 16 hingga 20 tahun. Perkara itu disahkan sendiri Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim yang mendedahkan usul tersebut akan dibincangkan bersama pihak Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR). Menurut…

Jalan Licin, Beberapa Penunggang Motosikal Kemalangan Serentak Di Jalan Kuching

Beberapa motosikal dirakam alami kemalangan susulan permukaan jalan raya licin di Jalan Kuching menghala ke pusat bandar Kuala Lumpur. Rakaman berdurasi 47 saat itu memaparkan dua buah motosikal hilang kawalan sebelum terjatuh di tengah-tengah jalan raya manakala terdapat beberapa lagi telah pun mengalami nasib sama. Sementara itu, netizen mempersoal pihak berwajib yang tidak turun padang…

Perodua Atasi Sasaran Jualan Dengan 220,154 Unit Terjual Pada 2020

Perodua berjaya rekod 220,154 unit penjualan kenderaan pada tahun 2020 sekaligus atasi sasaran awal sebanyak 10,154 unit. Meskipun pengeluaran dihentikan pada Mac hingga Mei 2020 namun inisiatif pengecualian cukai jualan diperkenalkan kerajaan memberi impak positif terhadap penjualan Perodua. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad turut meluahkan rasa terima kasih terhadap kejayaan…