Proton Jual 109,716 Unit Kereta Pada 2020, Saga Dan Persona Paling Popular!

Proton berjaya mengatasi penjualan pada 2019 dengan lebih 109,716 unit direkodkan bagi tahun 2020.

Angka itu menyaksikan Proton mencatat peningkatan jualan lebih 8 peratus (daripada 100,821 unit terjual pada 2019) meskipun pengeluaran kenderaan dihentikan selama dua bulan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

*Proton X50

Model yang menggerakkan penjualan bagi tahun 2020 adalah Persona, Iriz, Exora dan Saga sementara X50 mengatasi jangkaan meskipun dilancarkan pada penghujung tahun.

Proton Saga menjadi model paling laris bagi tahun 2020 manakala X50 dan X70 menjadikan Proton sebagai jenama SUV nombor satu di Malaysia.

*Proton X70

Berikut senarai jualan mengikut model:

  • Saga – 46,527 unit *kedua tertinggi dalam sedan Segmen-A
  • Persona – 23,917 unit *tertinggi dalam Segmen-B
  • Exora – 5,849 unit *tertinggi dalam MPV Segmen-C
  • Iriz – 7, 636 unit *ketiga tertinggi dalam hatchback Segmen-B
  • X70 – 21,944 unit *tertinggi dalam SUV Segmen-C
  • X50 – 3,787 unit *ketiga tertinggi dalam SUV Segmen-B

Proton juga merekodkan peningkatan jumlah eksport sebanyak 49.8 peratus sekaligus menyumbang kepada prestasi cemerlang bagi 2020.