Gagal Pasang Brek, Lampu Dan Loceng, Penunggang Basikal Di Putrajaya Bakal Dikenakan Tindakan

Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya akan mula mengenakan tindakan undang-undang terhadap penunggang basikal yang gagal mematuhi peraturan jalan raya di sekitar Putrajaya, bermula 9 Januari ini.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali dalam satu kenyataan mendedahkan tindakan tersebut akan diambil pasukannya mengikut peruntukan Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

Menurut Mohd Fadzil, basikal yang tidak lengkap dengan ciri keselamatan boleh dikenakan denda sehingga RM2,000 atau didakwa di mahkamah.

Sementara itu, Polis Daerah Putrajaya akan turut menguatkuasakan undang-undang terhadap penunggang basikal yang melanggar peraturan jalan raya dengan tidak menggunakan laluan ditetapkan, menunggang secara melulu serta tidak mematuhi papan tanda.

Difahamkan, Putrajaya dibanjiri lebih seribu penunggang basikal di hujung minggu dengan tahun 2020 menyaksikan 11 kes kemalangan direkodkan dengan satu kematian.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.