Tempahan Toyota Innova 2021 Dibuka – Dari RM111,622

Advertisements

UMW Toyota Motor Sdn Bhd telah membuka tempahan bagi Toyota Innova 2021 dengan pelbagai kemas kini dan ciri keselamatan baharu ditawarkan.

Tiga varian berikut ditawarkan:

  • Toyota Innova 2.0X – RM129,677
  • Toyota Innova 2.0G – RM121,483
  • Toyota Innova 2.0E – RM111,622

Kekal dengan elemen ‘crossover’, model 2021 ini datang dengan rekaan depan baharu yang tampil lebih kemas dengan gabungan warna warna dan krom di bahagian gril dan cermin sisi yang dipadankan dengan lampu isyarat bagi varian X dan G.

Lampu fog juga telah dikemas kini bagi menghadirkan rupa yang lebih teguh.

Sementara itu, varian X tampil dengan gaya lebih eksklusif antaranya ‘wheel arch moulding’, ‘bodyside moulding’ serta ‘side skirt’ yang meningkatkan lagi pengayaan sporty.

Varian X juga datang dengan rim 17-inci Dark Mica Metallic serta spoiler di bahagian belakang.

Ruang dalam diserlahkan dengan skrin 9 inci yang menawarkan ciri infotainmen termasuk Panoramic View Monitar (PVM) 3D yang juga didatangkan secara standard pada ketiga-tiga varian.

Hasil daripada maklumbalas pelanggan, Toyota turut menambah port pengecas UBS – dua diepan dan satu dibelakang – dengan keupayaan Fast Charging manakala konsol tengah turut menempatkan fungsi wireless-charging.

Antara ciri lain ditawarkan:

  • Blind Spot Monitor (BSM)
  • Rear Cross Traffic Alert (RCTA)
  • 7 beg udara SRS
  • Electronic Brakeforce Distribution (EBD)
  • Brake Assist (BA)
  • Vehicle Stability Control (VSC)
  • Traction Control (TRC)
  • Emergency Stop Signal (ESS)
  • Hill-start Assist Control (HAC)

Sebagai langkah keselamatan ekstra, UMW Toyota turut melengkapkan Innova dengan Toyota Vehicle Telematics System (VTS) yang boleh mengesan lokasi dan kedudukan kenderaan menggunaan GPS dan teknologi GSM sekaligus membantu dalam situasi kecurian kereta.

Orang ramai boleh membuat tempahan di pusat pameran Toyota seluruh negara atau secara atas talian di build.toyota.com.my.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.