JPJ Mula Kaji Usul Hadkan Motosikal Bawah 70cc Bagi Penunggang 16 Hingga 20 Tahun

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang mengkaji usul oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkenaan dengan kategori lesen baharu bagi penunggang motosikal berusia 16 hingga 20 tahun.

Perkara itu disahkan sendiri Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim yang mendedahkan usul tersebut akan dibincangkan bersama pihak Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Menurut Zailani, cadangan oleh PDRM itu dibuat susulan terdapat peningkatan kemalangan maut membabitkan penunggang motosikal berusia di antara 16 hingga 20 tahun.

PDRM menerusi Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Supt Bakri Zainal Abidin baru-baru ini telah mengemukakan cadangan untuk menghadkan lingkungan umur tersebut kepada motosikal 70cc ke bawah.

Usul tersebut memfokuskan terhadap memperkenalkan kategori lesen baharu menjelang 2025. – NST

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.