Jalan Licin, Beberapa Penunggang Motosikal Kemalangan Serentak Di Jalan Kuching

Beberapa motosikal dirakam alami kemalangan susulan permukaan jalan raya licin di Jalan Kuching menghala ke pusat bandar Kuala Lumpur.

Rakaman berdurasi 47 saat itu memaparkan dua buah motosikal hilang kawalan sebelum terjatuh di tengah-tengah jalan raya manakala terdapat beberapa lagi telah pun mengalami nasib sama.

Sementara itu, netizen mempersoal pihak berwajib yang tidak turun padang dan membuat pemeriksaan bagi memastikan kejadian sama tidak berulang.

Rata-rata turut membangkitkan isu ‘minta maaf’ oleh pihak Jabatan Kerja Raya Kuala Langat yang berlaku sewaktu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, kemalangan gara-gara jalan berlubang sewaktu berbasikal.