VW Group Cadang Jual Ducati?

Ketika VW Group berada dibawah kendalian Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ferdinand Piech, VW memperoleh beberapa syarikat automotif. Bagaimanapun, segalanya kelihatan bakal berubah dibawah CEO baharu Herbert Diess yang dilihat bercadang kembali mengecilkan portfolio syarikat itu dengan menjual beberapa pemilikan jenama lain. Menurut beberapa dakwaan media di Eropah, antara jenama yang akan ‘disingikirkan’ adalah Ducati serta…

KTM 890 Adventure R Dan Rally Dilancarkan – 105hp, 100Nm!

Tiada angin, tiada ribut, KTM melancarkan KTM 890 Adventure R dan 890 Adventure R Rally. Selepas memperkenalkan KTM 890 Duke R tahun lalu, pengeluar motosikal Austria itu kini memperkenalkan versi ADV menerusi 890 Adventure R dan Rally. Kedua-dua model ini merupakan generasi baharu yang terbit daripada model sebelumnya, 790 Adventure yang diperkenalkan dua tahun lalu….

Bajaj Bakal Lahirkan Pencabar Royal Enfield 350?

Bajaj Auto LTD dilaporkan telah memfailkan nama bagi model baharu yang didakwa akan mencabar Royal Enfield 350 di India. Didaftarkan atas nama NEURON, model baharu ini dijangka menawarkan rekaan moden-klasik seangkatan dengan RE 350, Benelli Imperiale 400 termasuk Honda H’ness CB 350 yang baharu sahaja dilancarkan. Walaupun tiada pengesahan NEURON merupakan model jenis cruiser moden-klasik…

Imej Paten Harley-Davidson 338R Untuk Pasaran Asia Didedahkan

Baru-baru ini, tular imej ‘spyshot’ yang memaparkan jentera Harley-Davidson hasil kerjasama dengan Qianjiang Motor (QJMotor). Imej intipan tersebut bagaimanapun hanya memaparkan bahagian sisi kanan jentera dengan nama 338R dan lencana Harley-Davidson ditayangkan. Bagaimanapun, rekaan 338R kini tampil lebih jelas menerusi imej paten yang telah difailkan kepada China’s National Intellectual Property Administration pada Disember tahun lalu….

CIMA 2020: Benelli TRK 800, QJMotor SRG 600 Dilancarkan!

Selepas beberapa bulan pelbagai khabar angin bertiup dengan beberapa imej intipan dikongsi, akhirnya QJMotor memperkenalkan SRT 750 dan SRG 600. Meskipun diberi nama QJMotor SRT 750 namun jentera tersebut akan dijenamakan semula sebagai Benelli TRK800 dengan enjin yang lebih besar untuk pasaran global. QJMotor SRT 750 ini mengguna pakai enjin parallel-twin sama seperti yang terdapat…

BMW Perkenalkan M 1000 RR 2021 – 212HP, 112Nm!

BMW Motorrad dengan rasminya memperkenalkan jentera sulung dengan lencana ‘M’ menerusi BMW M 1000 RR. BMW M 1000 RR ini merupakan jentera yang telah dipertingkat daripada model asas, S 1000 RR 2020. Rekaan keseluruhan masih lagi menampilkan BMW S 1000 RR namun dengan ciri tambahan antaranya ‘winglet’ yang diperbuat daripada gentian karbon. Winglet tersebut yang…

Benelli Dapat Suntikan Enjin MV Agusta Brutale 1000

MV Agusta akan bergandingan pengeluar motosikal China, QJ Motor bagi membantu pengedaran jentera Itali itu di China. Bagaimanapun, kerjasama itu tidak berhenti disitu apabila QJ Motor – pemilik jenama Benelli – dicanang akan memperkenalkan jentera baharu yang akan mengguna pakai enjin daripada MV Agusta. Benelli turut berkongsi imej ‘kabur’ enjin empat silinder tersebut yang akan…

Benelli 1200GT Didedahkan Di China – 134hp!

Meskipun acara motosikal terbesar dunia EICMA dibatalkan tahun ini, pengeluar motosikal menggunakan platform lain untuk perkenalkan model baharu. QJ Motor – selaku syarikat pemilik jenama Benelli – telah memperkenalkan Benelli 1200GT. Benelli 1200GT merupakan jentera segmen grand tourer pertama bagi jenama itu yang didatangkan dengan enjin 1,209cc. Berdasarkan info yang dikongsikan 1200GT ini menawarkan 134hp…

Suzuki Bakal Perkenalkan V-Strom Versi 160cc

Suzuki V-Strom merupakan antara motosikal segmen adventure touring paling popular dalam pasaran dunia ketika ini. Bagaimanapun, ketika ini hanya tiga varian ditawarkan, 650cc dan 1,037cc manakala versi 250cc hanya terhad kepada beberapa pasaran di Australia, Asia dan Eropah. Kini, timbul laporan yang mendakwa V-Strom versi lebih kecil – 160cc – akan dihasilkan dengan dengan rakan…